Use your ← → (arrow) keys to browse
3. Mungkin panel Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku menjadikan panel dari Korea iaitu Shin Bong Sun sebagai rujukan. Namun, konsep yang diketengahkan Kak Engku membuatkan ramai penonton meluat apabila dia sering melontarkan nama-nama selebriti yang tidak masuk dek akal. Dalam erti kata lain, membodohkan diri. Jika benar dia mengikuti cara pelawak Shin Bong Sun, jawapan yang diberikan mestilah logik. Ini kerana, setiap kali peserta keluar, Shin Bong Sun terus membuat kajian dengan mencari jawapan di internet melalui telefon bimbitnya. Malah, tekaan Shin Bong Sun sering saja betul berbanding Kim Gura sebagai ketua panel.