Use your ← → (arrow) keys to browse
JUNG JOON HO
Pelakon handalan ini mencipta nama sebagai selebriti popular sejak 20 tahun yang lalu. Namun, namanya kembali menyinar selepas membintangi drama Sky Castle yang mencipta rekod rating tertinggi di Korea. Sebelum memegang watak utama dalam drama tersebut. Ada kisah hitam yang berlaku terhadap Joon Ho. Sebenarnya, Jung telah menjadi mangsa rompakan dan pencurinya adalah pengurus dia sendiri. Difahamkan, insiden kecurian ini kerap berlaku.
Kes kecurian ini telah berlaku pada 2012 dan 2013 yang mana waktu itu Jung terlibat dengan penggambaran Return Of The Mafia dan Your Neighbor’s Wife. Disebabkan mempercayai pengurusnya, Jung telah memberikan kad banknya itu kepada pengurus sepanjang penggambaran tersebut supaya pengurusan wang boleh diuruskannya dengan baik. Bagaimanapun, pengurusnya itu telah menyalah gunakan kuasa. Sekitar Ogos 2012 dan 2013, pengurus yang bernama Mr Hwang telah mencuri duit dalam akaun dia. Kecurian itu telah dilakukan sebanyak 29 kali. Sewaktu dia ditangkap, dia telah cuba mencuri wang sebanyak USD65k. Lepas dari itu, pelakon ini telah memecat pengurusnya serta merta.