Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu Tentang Aktor Sedang Kontroversi, Kim Seon Ho Yang Paksa Awek Gugurkan Kandungan!

Nama pelakon kacak, Kim Seon Ho sedang dilanda musibah apabila bekas kekasihnya mendedahkan perihal dalam yang melibatkan dirinya Walaupun pendedahan tersebut pada mula tidak memberitahu gerangan empunya dirinya, akhirnya aktor ini sendiri telah mengaku salah dan meminta maaf dengan bekas kekasihnya yang didakwa menghadapi tekanan hidup.

Bagaimanapun, ramai tidak tahu, pelakon ini sebenarnya tidak menyangka mencari rezeki dengan berinteraksi banyak orang, ini kerana, sewaktu dia kecil, kim seo hoo sebenarnya pernah menjadi saksi kejadiangn pencuri masuk ke rumahnya. Waktu kejadian, Seon Ho hanya bersama dengan ibunya di rumah.

Disebabkan kejadian tersebut, dia berfikir pencuri tersebut adalah bapanya yang pulang dari kerja dan masuk ke dalam biliknya. Dia juga tidak tahu bahawa pencuri tersebut telah menyerang ibunya dan memyebabkan ibunya itu cedera teruk. Kesemua perabot dirumahnya rosak waktu kejadian berlaku.


dia juga menyaksikan sendiri ibunya bergelut dengan pencuri sehingga berlumuran darah sewaktu cuba melepaskan diri dari genggaman pencuri berkenaan. Kejadian itu membuatkan dirinya trauma dan dia menghadapi kemurungan dan tekanan emosi. Dia juga akan mudah bersasa takut apabila ada orang dibelakangnya.

Kim Seo Ho memulakan karier sebagai pelakon drama pada sekitar 2017. Waktu itu, dia memegang watak sampingan dalam drama Good Manager. Pada tahun yang sama, dia kembali berlakon dalam dua drama iaitu Strogest Deliveyman dan Two Cops.

Nama aktor ini bersinar selepas lakonannya dalam drama Two Cops mendapat perhatian. Kemudian, dia merangkul anugerah pertamanya. Sejak dari tu, nama dia menjadi bualan dan terus menjadi buruan produser.

Aktor ini diahairkan pada 8 Mei 1986 dengan zodiak Taurus. Dia mempunyai ketinggian 183 sm . Kini beliau banyak menjadi hero drama korea dalam naskah Good Manager, Strongest Deliveryman, You Drive Me Crazy, 100 Days My Prince, Welcome to Waikiki 2, Start Up, Hometown ChaChaCha dan banyak lagi.

Kontroversi yang dilandanya kini membuatkan banyak tawaran dan drama yang telah setuju mengambilnya berlakon ditangguhkan. Ada juga tawaran dibatalkan.Walau bagaimanapun, kontraknya dengan pengurusan terkini masih lagi diteruskan walaupun berbaki setahun saja lagi. Kontroversi ini juga bukan saja membuatkan dirinya panas dan mengundur diri buat seketika. Jumlah pengikutnya juga kini bertambah sehingga sudah mencecah lebih 6 juta pengikut dari seluruh dunia.

Kongsikan artikel ini