Kisah Menyayat Hati 9 Selebriti Korea Asal Keluarga Miskin Sebelum Jadi Kaya

4 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse


3. LEE TEUK SUPER JUNIOR
Ahli Super Junior dan pengacara program TV Korea popular, I can See Your Voice ini adalah anak bongsu dari dua beradik. Sama seperti Jin, dia juga perlu hadapi masalah penceraian ibu bapa di zaman kanak-kanak. Ibu bapanya menghadapi masalah penceraian pada sekitar tahun 1988 yang mana waktu itu Lee Teuk berusia 5 tahun. Kerana masalah keluarga, Lee Teuk telah dipukul oleh bapanya yang membuatkan dirinya sakit teruk dan membuatkan dia hilang rasa hormat kepada bapanya itu. Malah, sebelum ibubapanya bercerai, pasangan ini sering bertengkar dan mendera Lee Teuk yang masih lagi kecil. Zaman kanak-kanak Lee Teuk hanya dihiasi kisah perit dan penderitaan bukan saja kewangan tapi tiada kasih sayang. Masalah ini membuat Lee Teuk trauma dan selalu menangis apabila berkongsi cerita keluarganya. Tambah teruk lagi, ketika Lee Teuk menjalani latihan Ketenteraan, ayah Lee Teuk telah membunuh datuk dan neneknya serta membunuh diri.

4 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini