Use your ← → (arrow) keys to browse
4. JAE JOONG
Pelakon dan penyanyi ini telah dihantar ibu kandungnya kepada keluarga angkat atas kesempitan keluarga. Pada usia 15 tahun, Jae Joong telah mengambil keputusan dengan berpindah ke Seoul untuk merealisasikan impian dengan menyertai SM Entertainment. Pada waktu itu, dia tidak mempunyai wang dan terpaksa merempat di banyak tempat. Malah, dia terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk membayar duit sewa, makan dan bayar duit latihan. Dia juga telah menjual darahnya dan menjadi pelakon tambahan dalam pelbagai filem. Sebelum menjadi penyanyi, Jae Joong telah disahkan Tone Deaf di waktu sekolah tetapi ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi penyanyi terkenal.