Use your ← → (arrow) keys to browse
7. GILL LEESSANG
Ahli kumpulan LEESSANG mengakui bahawa dia menghadapi masalah untuk memberikan nasihat tentang keluarga. Ini disebabkan, sewaktu kecil dia tidak merasa belaian kasih sayang dari ibu dan bapa. Ketika dia masih sekolah, Gil mendedahkan bahawa ayahnya telah pengsan dan jatuh sakit. Mental ayahnya sudah seperti kanak-kanak dan disahkan strok. Atas sebab itu, kehidupan keluarganya bermasalah terutama sekali yang melibatkan kewangan. Sebelum ditimpa musibah, keluarga Gill mempunyai perniagaan yang besar. Bagaimanapun, selepas ayahnya sakit, segalanya berubah dan dia terpaksa tinggal di rumah bawah tanah. Ibu Gil berusaha keras menyembuhkan penyakit ayahnya dan seluruh keluarga Gil terpaksa membuat banyak kerja untuk mencari wang rawatan ayahnya itu. Gil juga pernah membuat kerja mengutip cip didalam plastik yang dipenuhi sampah seperti makanan basi dan tikus mati. Selepas Gil berjaya memasuki kolej, akhirnya ayah Gill mati kerana serangan sakit jantung.