Klasifikasi 18+: Bukan Aktor Porno Tapi TOP 12 Hero Filem X-Rated Korea Yang Dipuja

Prev1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bukan saja tentang K-POP dan K-Drama, apa saja yang berkaitan dengan Korea sekarang ini sering saja menjadi perhatian peminat antarabangsa. Malah, tidak hairanlah banyak orang Korea terutama sekali lelaki asal Korea yang dipanggil Oppa sangat mudah menjadi influencer di laman sosial. Atas sebab itulah juga, ada penyanyi indie Korea turut menerima populariti sama di peringkat antarabangsa seperti penyanyi Korea dalam industri mainstream. Terbaru, ramai juga pelakon yang dikategorikan indie semakin mendapat perhatian dan tempat di hati wanita antarabangsa.

Yang paling mengejutkan, aktor adult Korea turut mendapat sambutan hangat walaupun lakonan dan filem lakonan mereka hanya boleh ditonton oleh golongan dewasa saja. Malah, ia juga hanya ditayangkan di saluran berbayar Korea yang khusus untuk klasifikasi 18 tahun ke atas. 

Apa sekalipun, pelakon-pelakon ini bukanlah dikategorikan aktor porno sebaliknya dilabel sebagai pelakon adult yang tidak pun menayangkan alat sulit mereka di lensa kamera. Lebih menarik, kebanyakan pelakon ini berbakat besar dan mempunyai susuk tubuh menawan sama seperti pelakon filem dan drama lain. Ada juga yang berbakat dalam bidang nyanyian dan fasih berbicara dalam bahasa English.

Namun, demi mencari wang untuk sara diri dan minat dalam bidang lakonan, mereka memberanikan diri berlakon babak panas dan ia hanyalah lakonan semata-mata serta tidak berkaitan dengan hidup seharian mereka. Apa yang pasti, ramai juga nama besar di Korea memulakan karier sebagai pelakon dengan memberanikan diri dalam filem adult. Selepas mendapat tapak, mereka meninggalkan dunia lakonan adult dan terus mencipta nama dalam perfileman mainstream.

Berkongsi hanya untuk lebih berhati-hati menilai seseorang, Korea Buzz senaraikan 10 Aktor yang kini masih lagi aktif menjadi hero filem X-Rated yang ditayangkan di saluran TV berbayar Korea.

Prev1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini