Pelakon kacak, Ko Kyung Pyo diancam apabila dituduh masuk ke bar hiburan dengan wanita yang dipercayai teman wanitanya.
Salah faham terhadap Kyung Pyo timbul apabila BJ atau influencer Korea bernama See Hee berkongsi foto mereka di laman sosial.
Masing-masing telah menolak dakwaan kontroversi yang mengatakan mereka bersama dengan menjelaskan situasi sebenar di sebalik gambar tersebut. Bagaimanapun, kedua-dua figura popular ini berasa kecewa apabila berdepan dengan isu yang melibatkan orang ramai menuduh tanpa soal selidik.
Difahamkan, pada sambutan hari Valentine, Ko Kyung Pyo telah disangka melawat sebuah bar hiburan dan ia telah disebarkan di sebuah laman komuniti di Korea.
Dalam gambar itu, Ko Kyung-pyo menatap kamera dengan seorang wanita di tempat yang kelihatan seperti bar. Wanita tersebut mendapat perhatian lebih apabila dia dikenali sebagai BJ See Hee. Kontroversi foto itu terus bangkit apabila wanita itu adalah Se Hee dan aktor ini dikatakan mengunjungi bar disaat larangan ke tempat itu kerana pandemik COVID19.
“Sebenarnya, ada pihak yang minum berdekatan dengan saya. Kemudian, Seseorang yang tidak saya kenali telah meminta untuk bergambar dengan saya. Saya pun tidak mengenali wanita tersebut,” kata Kyung Pyo.
Mengukuhkan lagi keterangan aktor ini, See Hee juga telah memberikan maklum balas di laman sosial miliknya.
“Itu adalah bar umum. Saya kebetulan bertemu dengannya dan meminta untuk mengambil gambar dengannya. Saya peminat dia. Dan dia juga bersetuju ambil gambar dengan saya. Saya juga bertanya sendiri kepadanya, adakah saya boleh muat naik foto ini dilaman sosial.
“Saya harap anda tidak salah faham. Ia berlaku antara peminat dan artis saya, jadi berhenti spekulasi dan artikel spekulasi tuduhan yang terusk.” Katanya.
Sebaik saja menjelaskan keadaan tersebut, See Hee juga telah memandamkan gambar berkenaan disosial media.