Ramai Bintang KPOP Disahkan Positif COVID-19 & Di kuarantin Serta Merta

Sejak Corona Virus menyerang dunia termasuk Korea Selatan, Industri hiburan Korea sebelum ini sering dikejutkan dengan berita pelakon Korea yang terpaksa di kuarantin kerana pekerja produksi dan bakat Korea diserang pandemik COVID-19. Walaupun ramai aktres dan aktor terselamat dan disahkan negatif, namun banyak produksi filem dan drama Korea terpaksa dihentikan serta merta kerana jangkitan virus yang telah membunuh jutaan manusia di seluruh dunia.

UP10TION

Selepas menyerang industri perfileman Korea, kini Corona Virus terus menyerang industri muzik Korea apabila ramai bintang KPOP telah disahkan positif COVID-19. Pada 30 November, agensi TOP MEDIA telah mengesahkan salah seorang ahli UP10TION iaitu Bitto telah disahkan positif COVID-19. Kemudian pada 1 Disember, Kongyeol pula disahkan positif. Walaupun ahli UP10TION yang lain iaitu Kuhn, Gyujin, Hwanhee, Sunyoul, dan Xiao disahkan negatif, mereka semua termasuk pekerja yang terlibat terus menjalani kuarantin selama dua minggu.

EVERGLOW

Turut sama disahkan positif pada 1 Disember 2020 ialah ahli EVERGLOW iaitu Yiren dan Sihyeon. Difahamkan mereka telah terlibat dengan rakaman Sketchbook yang melibatkan artis seperti Teen Top, Gummy, Joo Hyun Mi, dan Kim Hyun Chul. Kesemua mereka ini sedang menjalani kuarantin dan menunggu keputusan sama ada terkena COVID-19 atau pun tidak.

Antara bintang KPOP yang sedang menunggu keputusan dan kuarantin ialah AESPA dan NCT.

Kongsikan artikel ini