Menyukai Ryan Reynolds, KROUD Pilih BLACKPINK Berbanding BTS! Ini Sebabnya….

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Walaupun tidak mempunyai aktres kegemaran, KROUD tidak lokek untuk berkongsi tentang daya tarikan wanita yang bergelar pelakon.


“Saya akan suka seseorang bukan kerana rupa dan penampilan semata. Saya akan suka seorang tidak kira lelaki atau wanita perlahan-lahan dengan mengetahui personaliti mereka. Jadi, apa yang boleh saya katakan, saya tidak memilih atau ada pilihan ideal untuk seseorang yang saya suka atau cinta,” katanya.

Dalam pada itu, dalam nada rendah diri dan malu, KROUD tidak menolak ramai yang menaruh harapan untuk bekerjasama dengan bintang KPOP Popular iaitu BTS dan BLACKPINK.


“BTS atau BLACKPINK? Sejujurnya, saya tidak tahulah sama ada saya ini ada harapan untuk bekerjasama dengan mereka atau pun tidak. Namun, jika ada peluang dan diberi pilihan, Saya akan pilih BLACKPINK berbanding BTS. Bukankah sepatutnya lelaki meminati wanita berbanding lelaki pilih lelaki,” ujarnya.

Untuk mengetahui selok-belok dalam mengejar impian sebagai DJ popular, anda boleh tunggu pengakuan selanjut KROUD dalam artikel selanjutnya di KOREA BUZZ.

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini