Lagu KPOP Untuk Gegar Vaganza 7 : Ayu, Kak Ani, Mus, Oja, Eva, Ada Berani?

Prev1 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Konsert pertama Gegar Vaganza musim ke 7 (GV7) membuka mata netizen bahawa Malaysia mempunyai ramai penyanyi berbakat yang tersembunyi di sebalik promosi yang sewajarnya. Hakikatnya, GV7 adalah medan terbaik untuk 14 penyanyi ini kembali bangkit mewarnai industri hiburan Malaysia yang sekarang ini majoritinya di monopoli golongan yang berduit berbanding berbakat besar.

Sungguhpun ada yang merasakan beberapa peserta tidak wajar menyertai GV7, namun pemilihan dan penyertaan mereka bersebab. Mungkin orang nampak mereka gah dan hebat sebaliknya mereka memerlukan ruang untuk berkarya untuk diri sendiri serta orang di sekelilingnya.

Menyentuh mengenai prestasi GV dari musim pertama hingga terbaru, setakat ini, masih belum ada bintang yang benar-benar tunjuk mereka ini luar biasa dengan mendendangkan lagu berbagai genre dan bahasa. Paling tidak pun, ada yang menyanyikan lagu English dan Hindustan saja, kenapa tidak lagu seantero Asia?

Dari rekod GV juga, belum lagi ada peserta menyanyikan lagu KPOP. Siapa tahu, GV yang sudah gah di Malaysia boleh tambah gah di dunia atau setidaknya di Korea apabila ada peserta mendendangkan lagu KPOP. Lihat saja reputasi BIG STAGE, selepas melibatkan penyanyi dari Korea dan peserta menyanyikan lagu KPOP, program yang disertai BBNU mencapai satu tahap yang baru.

Kalau kata Korea tidak ada lagu hebat dan penyanyi setaraf peserta GV itu sama sekali silap, jadi apa salah untuk musim ke tujuh ini, pihak produksi dan peserta berikan peluang untuk lagu-lagu KPOP menjadi tugasan sekali gus merubah satu lagi dimensi baru GV.

Jika benar ini berlaku, KOREA BUZZ pasti, penonton GV akan berubah penonton dari pelbagai peringkat umur, bangsa dan negara. Malah, pengacara GV juga peminat KPOP. Siapa lagi kalau bukan Jihan Musa. Oleh itu, bagi memudahkan semua pihak, berikut adalah lagu-lagu terbaik dari Korea yang sememangnya sesuai dengan peserta dan program. Anda juga boleh cadangkan kalau ada lagu KPOP yang anda ingin peserta nyanyikan.

Prev1 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini