Lagu Raya Dari Artis Korea Dapat Pujian Dunia Tapi Fans Indo Dakwa Milik Mereka!

Sudah terang lagi bersuluh, lagu raya nyanyian artis Korea bernama Jay Kim adalah sebuah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Lagu berjudul Insa Raya yang dilancarkan di laman youtube Jay Kim sendiri pada malam 31 Mei 2019 telah mengundang  pelbagai tanda tanya daripada warganet seluruh dunia mengenai bahasa  yang digunakan untuk lagu berkenaan.

 

 

Jay Kim (kiri) dan Hyunmin-A.

 

Jay Kim yang berkolaborasi bersama Hyunmin-A dan artis dari Malaysia iaitu Reyhan vokalis One Avanue Band, Keyin Tay dan Natasha Yazir telah menyanyikan lagu raya yang menggabungkan 10 lagu raya tempatan yang popular dan terbaik. Namun, ada segelintir komen daripada negara seberang mendakwa lagu berkenaan adalah lagu dari bahasa Indonesia.

 

 

 

Sungguhpun begitu, lagu yang berdurasi lebih 5 minit dengan beat masa kini mendapat pujian dan diminati ramai peminat dari Turki, Paskitan, India, Palestin, Tunisia, Lebanon dan Korea. Walaupun mereka tidak memahami maksud lagu berkenaan, tetapi rata-rata memuji susunan muzik dan gabungan vokal penyanyi yang terlibat.

 

 

 

Malah, ada yang meminta agar Jay Kim mengeluarkan sebuah lagi video muzik yang mempunyai pengertiaan dalam bahasa Inggeris. Dalam pada itu, peminat dari Malaysia begitu teruja dan terkejut dengan Insa Raya. Ramai memuji dan berasa bangga kerana Jay Kim telah menyanyikan lagu raya evergreen dengan baik dengan susunan muzik yang baru dan segar.

 

 

 

Lebih istimewa, sebutan bahasa Melayu Jay Kim amat jelas dan tidak pelat. Malah, 99% penonton muzik video ini memberikan komen positif berbanding negatif. Selain melayan lagu Insa Raya, ramai peminat Malaysia menjemput Jay Kim untuk menyambut lebaran di Malaysia bersama mereka.

 

 

Sebelum ini, Jay Kim yang turut popular sebagai seorang Youtuber turut menyatakan hasrat ingin ke Malaysia untuk kenal budaya masyarakat tempatan. Tambah teruja, Jay Kim tatkala ini sedang belajar tentang Islam. Oleh itu, ada peminat teringin melihat Jay Kim ke Malaysia dengan mengenakan baju Melayu.

 

 

 

Apa sekalipun, EH! KOREA BUZZ berasa bangga kerana artis di Korea sanggup menyanyikan semula lagu raya Malaysia sekaligus mengenalkan karya hebat tempatan ke mata dunia. Harap lepas ini lebih ramai lagi artis Korea bertindak sedemikian selepas Jay Kim dan pelakon kacak, Park Bogum. Siapa tahu selepas ini, bintang K-POP bertaraf dunia, BTS pula bakal menyanyikan lagu Melayu.

 

 

 

 

Ayuh kita berkongsi berita gembira ini dengan menonton dan kongsi video musik lagu Insa Raya. Mood raya memang terangkat selepas mendengar Insa Raya seperti yang dikomen peminat di laman youtube.

 

 

 

Kongsikan artikel ini