Sesal? Lay EXO Menentang & Haramkan Darah Dagingnya Jadi Bintang KPOP!

Selain BTS, kumpulan EXO antara bintang KPOP lelaki yang berjaya menakluk dunia. Walaupun kebanyakan ahlinya kini menjalankan aktiviti karier secara solo kerana masing-masing ada yang menjalani latihan khidmat tentera, satu-satunya ahli dari China yang masih tinggal iaitu Lay mendapat perhatian ramai tentang keluhan dan larangannya.

Lay yang masih ahli EXO dan artis SM Entertainment walaupun ada syarikat hiburan sendiri telah memberi kenyataan mengejutkan peminat. Malah, duta jenama seluar dalam Calvin Clein ini turut menyinggung ramai pihak apatah lagi mereka yang mengejar impian untuk menjadi bintang KPOP sepertinya.

Menerusi temu bual eksklusif itu, Lay atau nama sebenarnya Zhang Yixing telah menyatakan dia tidak akan memberi kebenaran anaknya untuk menjadi bintang KPOP sepertinya.


“Saya akan galakkan anak muda yang mempunyai impian jadi bintang KPOP, tetapi jika anak lelaki saya yang mahu jadi seperti saya, saya akan larangnya. Saya mahu anak saya jadi doktor, peguam atau seorang lelaki yang sukakan seni.

“Dia boleh suka seni, meluahkan rasanya tetapi saya tidak akan sokong dia jadi bintang KPop. Kalau saya ada anak perempuan, saya akan lebih melarang dan mengharamkannya menjadi bintang KPOP,” kata Lay.


Bukan sekadar menyinggung dan mengejutkan, ramai tidak sangka Lay begitu menentang darah dagingnya menjadi bintang KPOP. Pun begitu, kenyataan tersebut diluahkan Lay kerana faktor dan keadaan semasa industri hiburan Korea.

Pengakuan Lay membuatkan ramai membuka minda dan mencerminkan bahawa dia bakal menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang. Untuk mengetahui lebih lanjut luahan tersebut, anda boleh dengar dan menontonnya di sini.

Kongsikan artikel ini