Lee Min Ho Nafi Bercinta Tapi Sekadar Mengenali Yeon Woo Momoland Saja!

Industri hiburan Korea hari ini dikejutkan dengan berita yang mengatakan pelakon pujaan dunia iaitu Lee Min Ho bercinta dengan Yeon Woo bekas ahli kumpulan Momoland.

Ia mengundang kesedihan dan kemarahan setengah peminat. Walau bagaimanapun, menyedari berita ini tular dan mendapat perhatian media, Min Hoo yang kini berusia 34 tahun telah tampil dan menafikan berita berkenaan.

Menurut Min Hoo, dia bukanlah bercinta dengan Yeon Woo, 25 atau nama sebenarnya Lee Da Bin.

Lee Min Ho

Perkara ini disahkan oleh pengurusan Lee Min Hoo iaitu MYM Entertainment pada 30 Ogos 2021 dengan Lee Min Hoo berkata, “Kami hanya kenal satu sama lain. Kami Bukan Dating.”

Kekecohan ini berlaku apabila ada media melaporkan mereka sudah bercinta selama lima bulan. Berdasarkan laporan tersebut, mereka berdua telah menonton wayang bersama, memandu berdua dan menghabiskan masa bersama sewaktu hari lahir Yeon Woo. Malah, dia dikatakan suka dating dirumahnya dan mempunyai minat yang sama dalam games.

Yeon Woo Momoland


Bagaimanapun, Lee Min Hoo sekeras-keranya menafikan berita berkenaan.


Kongsikan artikel ini