Menjadi bintang KPOP bukanlah satu perkara yang mudah. Selain berbakat besar, saiz tubuh badan juga menjadi peranan penting. Oleh kerana itu, setiap agensi mempunyai cara diet pemakanan untuk setiap artis dibawa pengurusan mereka.
Selain strategi makanan yang ditetapkan, jadual harian yang ketat juga membuatkan mereka semua sentiasa langsing. Bagaimanapun, ada segelintir artis KPOP lelaki yang sentiasa kurus walaupun hobinya suka makan.
Atas dasar itu, ramai peminat berasa bimbang kerana menyangka artis kegemaran mereka didera atau sakit sebab tidak cukup makan atas alasan kurus kering. Apa sekalipun, berikut ada 8 artis lelaki Korea yang dilaporkan paling ringan berat badan tetapi nampak cantik dan segak dalam foto kerana ketinggian yang dimiliki.