You Raise Me Up Kupas Kisah Lelaki Pink Mati Pucuk Bertemu Hani EXID Si Doktor Sakit Tuan!

Nampaknya isu yang sering membelenggu lelaki Korea kerana faktor saiz kemaluan dan kejantanan telah menjadi karya terbaharu pengarah Kim Jang Han. Menariknya cerita ini telah mengambil kembali hero kacak Korea yang telah lama menyepi iaitu Yoon Shin Yoo.

Dalam drama You Raise Me Up yang berkonsepkan komedi romantik telah merubah Yoon yang sering berpenampilan kacak kepada seorang lelaki yang selekah tetapi meminati warna merah jambu sebagai Do Yong Shik. Lebih tragis, Yong Shik dibelenggu kesakitan kemaluan iaitu mati pucuk.

Yoon sebagai Do Yong Shik.


Bagi merawat sakitnya itu, dia telah berjumpa seorang doktor pakar yang dilakonkan oleh Hani EXID. Kebetulan doktor tersebut ialah cinta pertama Yong Shik yang bernama Lee Ru Da. Menariknya, kedua-dua mereka adalah cinta pertama masing-masing yang tidak diketahui selama ini.

Hani EXID sebagai Lee Du Ra.


Dalam tempoh merawat, Lee Ru Da mengalami krisis percintaan dan mahu berpisah dengan doktor psikologi bernama Do Ji Hyuk yang dilakonkan oleh Park Ki Woong. Tidak menerima perpisahan tersebut, Ji Hyuk telah mendedahkan identiti sebenar Yong Shik yang merupakan pesakitnya kepada Ru Da.

Drama ini menjadi lebih dramatik apabila Ji Hyuk tidak berpuas hati dengan perpisahan tersebut. Lantas dia telah mencabar Ru Da untuk merubah cinta pertamanya iaitu Yong Shik menjadi seorang lelaki sejati dan lebih baik daripada.

Park Ki Woong sebagai doktor Ji Hyuk.


Ru Da menerima cabaran tersebut dan perlu menyelesaikannya dalam masa sebulan saja. Mampukah Ru Da mengubati Yong Shik? Adakah mereka berdua akan menjadi pasangan kekasih?

Jangan lupa menonton drama yang ditulis oleh Mo Ji Hye di saluran VIKI yang mana ia telah mula ditayangkan pada 31 Ogos 2021.  Dua episod drama ini telah pun ditayangkan dan memberikan ekspresi luar biasa kerana lakonan yang dramatik dan kelakar.


Kongsikan artikel ini