Lelaki Sempurna Korea , Ini 7 Anggapan Orang Korea Terhadap Cha Eun Woo

Nama bintang KPOP yang turut bergelar hero Korea, Cha Eun Woo semakin mendapat perhatian dunia. Terbaru, lakonannya dalam drama yang diambil dari Webtoon popular Korea, True Beauty sedang menggoda ramai wanita di Asia termasuk Malaysia. Malah, lakonan ahli ASTRO ini begitu bersahaja dan ramai bersetuju bahawa Cha Eun Woo atau nama sebenarnya dalam sijil kelahiran Lee Dong Min aktor yang paling tepat melakonkan watak tersebut.

Menurut karakter asal drama itu, hero utama ini merupakan lelaki Korea yang serba serbi sempurna bukan saja dari segi fizikal dan rupa tetapi segalanya. Malah, ciri-ciri ilustrasi yang digambar sama seperti wajah Cha Eun Woo.

Pun begitu, ramai tidak tahu bahawa Eun Woo yang dilahirkan pada 30 Mac 1997  ini masih lagi bergelar mahasiswa dan menuntut dalam bidang seni persembahan. Malah, orang Korea juga tidak sangka, Eun Woo sempurna tanpa mengambil pembedahan plastik. Lebih menarik lagi, orang Korea mempunyai panggilan tersendiri terhadap jejaka berketinggian 183 sentimeter.

Berikut adalah gelaran dan anggapan orang Korea terhadap Cha Eun Woo yang kini debut sebagai penyanyi pada 2015 di bawah pengurusan Fantagio.

  • Lelaki T-Shirt Putih ASTRO
  • Si Perintah Tertinggi
  • OMG Eun Woo
  • Wajah Genius
  • Einstein Sistem Wajah
  • Dipanggil Kediaman Kekal
  • Mata Yang Dipuja

Kongsikan artikel ini