Lirik Korea Salah, Fans Rasa MV DSV Tak Nampak Bernilai RM1 Juta

Jutawan Kosmetik, Dato Seri Vida kembali menerima kritikan pedas dari segelintir peminat apabila dia melancarkan muzik video (MV) rasmi lagu I AM ME nyanyiannya lewat tengah malam tadi.

 

 

Menerusi komen yang diterima dalam laman Youtube, majoriti peminat berpendapat MV lirik video sebelum ini lebih menarik berbanding MV rasmi yang difahamkan telah menelan belanja sebanyak RM1Juta ini. Hakikatnya, MV video K-POP dari artis Korea iaitu GOT7 Berjudul ‘A’ yang telah dirakam sepenuhnya di Shah Alam, Selangor hanya menelan belanja lebih kurang RM560,000 saja.

 

 

Dari MV GOT7 yang telah ditonton sebanyak lebih 74 Juta kali ini, ramai tidak menyangka ia dibuat sepenuhnya di Malaysia. Oleh itu, peminat mencadangkan agar Dato Seri Vida melantik pihak produksi yang mampu menghasilkan MV yang berbaloi dengan bajet yang dikeluarkan.

 

Muzik video tempatan pertama yang menampilkan lirik dalam bahasa Korea.

 

Dalam pada itu, ramai kagum dengan beliau yang telah meletakkan lirik dalam bahasa Korea. Ia menampakkan bahawa ikon wanita ini benar-benar cuba mengikuti jejak langkah bintang ternama Korea PSY. Bagaimanapun, pihak Korea mendapati terjemahan ayat dalam bahasa Korea yang dilampirkan dalam MV berkenaan ada silapnya. Berikut adalah ayat Korea yang betul dan sesuai dengan maksud serta melodi lagu berkenaan.

 

 

1. I AM QUEEN -나는 왕비니까 (Sebutan: NANEN WANG BI NI KA)
2. SAY WITH ME-나와 말해 (Sebutan: NA WA MAL HEY)
3. SAYANG –여보 (Sebutan: YO PO)
(ayat ini lebih sesuai memandangkan sayang yang disebut adalah lebih kepada panggilan bukannya Cinta)
4. I INSPIRE YOUR DESIRE -나는 너의 욕망에 영감을 준다 (Sebutan: NANEN NOWI YOKMANGHEY YONGKAMEL JUNDA)

Kongsikan artikel ini