Ahli kumpulan SHINee, Key atau nama sebenarnya Kim Ki-Bum yang sebelum ini penampilan lebih kepada feminin dan fashionable berubah menjadi lelaki matang, kacak dan seksi sebaik saja dia tamat latihan ketenteraan. Dek kerana Covid-19, tempoh perkhidmatan negara Key telah ditamatkan lebih awal.
Menariknya, selepas beberapa hari keluar dari ketenteraan, Key yang terlebih dahulu berjumpa ahli lain iaitu Taemin dan Onew kecuali Minho yang masih dalam khidmat tentera ternyata gembira dan berubah imej. Bukan saja penampilannya yang nampak dewasa, Key yang kini berusia 29 tahun atau 30 tahun mengikut kalendar Korea begitu matang dalam berbicara dengan peminat.
Tambah istimewa, pada tengah malam 14 Oktober, Key yang membuat Instagram LIVE telah melayan banyak peminat dengan menerima panggilan video secara langsung. Ramai peminat yang terpilih teruja antaranya peminat dari Filipina, Portugal dan banyak lagi.
Menunjukkan peningkatan yang cukup tinggi, Key pandai melayan peminat antarabangsa dengan berbicara sangat fasih dalam bahasa English. Malah intonasinya begitu sedap didengar. Key juga meluahkan rasa rindu kepada semua peminatnya selepas berehat agak lama dari industri hiburan. Selain dari peminat, Key turut sama menerima panggilan video Instagram dari ahli Red Velvet iaitu Yeri.
Selain teruja melihat penampilan dan percakapan Key, peminat mendoakan agar Key boleh kembali aktif sebagai penyanyi mahupun pelakon dengan segera. Malah, Key yang manis berbicara sering juga mendoakan peminatnya agar sentiasa sihat dan tidak terkena dengan corona virus.
Antara perbualan yang paling menarik perhatian apabila Key menunjukkan kata-kata cemburu apabila peminat yang dia terima panggilan video itu beralih cinta kepada ahli NCT. Dengan nada macho, Key mengatakan peminat tersebut telah curang dengan dia walaupun peminat itu kata mencintai dirinya.
Gurauan Key membuatkan ramai peminat menjerit dan histeria kerana di situ muncul sisi baru Key yang sangat gentlemen dan romantik. Apa sekalipun, Key berterus-terang, mulai hari ini dia akan mula sibuk dengan jadual comeback sebagai selebriti. Namun, memandangkan umurnya sudah dewasa, dia mempunyai hak waktu untuk dia tidur dan menguruskan diri.