Luahan Di IG, Artis Kena Ada Team Kata Jay Flowsik Yang Niat Puasa Sebulan Sebab…

Rapstar dari Korea, Jay Flowsik mengumumkan secara rasmi di laman instagramnya bahawa dia bakal berpuasa selama sebulan. Menyedari puasa itu bagus bukan saja untuk dirinya, puasa boleh saja dilakukan bukan kerana tuntutan agama saja tetapi ia adalah rutin yang bagus untuk membersihkan diri dari pelbagai jenis toksik.


Sekarang ini saya tahu, ramai yang sedang berpuasa. Berpuasa itu amat bagus. Tidak kiralah kepada sesiapa saja. Berpuasa dari makan dan minum boleh membersihkan diri dari toksik serta menyihatkan tubuh badan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jay turut menjelaskan, berkemungkinan besar dia akan berpuasa dari sosial media selama sebulan atau lebih untuk mencari ilmu yang baru. Malah, dia juga menyatakan bakal memadamkan semua foto dan video yang ada dilaman instagram dari mula hingga kini.

“Saya dalam perancangan untuk berpuasa dari dunia sosial seketika. Mungkin sebulan atau lebih. Saya juga mungkin akan buang dan padam semua posting dalam instagram. Saya tidak hairan kalau saya kehilangan ribuan follower dengan tindakan tersebut. Apa yang saya mahu cuma mencari jalan penyelesaian,” katanya lagi.

Jay Flowsik FOTO: EH!

Disamping itu, dia turut menasihati kepada sesiapa saja yang ingin menjadi rapper atau pun penyanyi, janganlah lakukannya seorang diri.

Kalau anda nak jadi artis atau rapper, jangan buat seorang diri. Anda tidak boleh berjaya seorang diri. Artis perlukan pasukan yang bagus. Kalau anda penyanyi, anda fokus pada bakat anda. Bab promosi dan yang berkaitan diuruskan oleh pasukan anda. Terus-terang, kejayaan artis terletak pada pasukan bukan tertakluk kepada bakat anda seorang diri,” jelasnya.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang isu ini, anda boleh ikuti sendiri video penjelasan ini di IG TV Jay sebelum dia memadamkannya. Apa sekalipun, Korea Buzz menyokong apa saja keputusan Jay Flowsik yang pernah menghiasi Korea Buzz sebagai figura bulanan. Semoga anda terus sukses.

Kongsikan artikel ini