Bintang Indonesia, Luna Maya Mengaku RM BTS Adalah Suaminya!

Bekas kekasih Aril Noah atau Peterpan, Luna Maya yang juga aktres dan penyanyi popular dari Indonesia ini membuat pengakuan berani mengenai dirinya dan bintang KPOP, Kim Nam Joon atau RM, ahli kumpulan BTS.

Pengakuan tersebut telah dibuat secara langsung oleh Luna Maya,37, dalam program bual bicara popular iaitu Tukul Arwana One Man Show. Menerusi program itu, Luna Maya telah diberikan foto RM. Selepas melihat foto tersebut, Luna terus tersenyum dan menggeletis.

“Kenapa RM sangat sempurna. Dia inilah suami aku. Ya, cuma suami bayangan saja,” kata Luna.



Pengakuan tersebut mengejutkan ramai pihak yang tidak tahu yang sebenarnya Luna Maya adalah peminat tegar BTS terutama sekali RM atau sebelum ini dikenali dengan nama RAP MONSTER.

Lelaki Idaman Luna Maya, RM BTS.

Sebelum pengakuan tersebut, Luna Maya yang masih lagi solo menjelaskan lelaki idamannya kini lebih menjurus kepada susuk RM.


“Saya berdoa. Saya suka lelaki oriental yang boleh cakap English. Malah boleh nyanyi dan menari. Boleh juga buat lagu dan suka seni. Kalau boleh memang handal menari,” pengakuan Luna yang mengatakan tentang RM.

Luna Maya turut mengatakan lebih memilih lelaki Korea berbanding lelaki Jepun. Dia juga dengan memaklumkan pernah bercakap dengan RM dalam mimpinya.

Kedua-dua pengakuan ini telah dibuat Luna Maya dalam program yang berbeza tetapi tahun yang sama. Pengakuan sebagai suami adalah yang terbaru dari Luna Maya yang pernah kontroversi dengan video panas.