Apa hebatnya KPOP sehingga ramai peminat dari seluruh negara sanggup berhabisan wang dan masa demi artis pujaan mereka? Hakikatnya kebanyakan peminat KPOP tidak segila yang disangka sebaliknya mereka setia dan menghargai apa saja yang dihasilkan artis Korea.
Namun, adakah anda tahu, dari lebih 20 negara seluruh dunia, negara manakah yang mempunyai rakyat yang sanggup berhabisan berjam lamanya mendengar dan menonton muzik KPOP? Berbalik kepada pertanyaan ini, anda jangan terkejut kerana ia bukan saja dimonopoli negara Asia tetapi turut disertai negara-negara barat.
Pun begitu, negara dari Asia Tenggara berada di tangga teratas sekali. Atas dasar ini jugalah, muzik KPOP yang dilihat semakin pudar di beberapa buah negara tidak terjadi di Asia Tenggara. Ia ibarat KPOP semakin membiak di Asia Tenggara termasuklah Malaysia.
Berikut adalah 10 Negara yang paling banyak menghabiskan masa mendengar dan menonton KPOP hasil dari kajian yang disertai lebih 5000 peminat seluruh dunia.