Siapa Pilihan Malaysia-HyunA, Jessi atau Hwasa Untuk Pikat Remaja Gila Tekno?

Tidak dapat dinafikan, populari bintang KPOP lelaki di Malaysia jauh lebih menonjol berbanding wanita. Bagaimanapun, ada beberapa bintang KPOP wanita yang sering diburu lelaki Malaysia kerana bakat dan imej yang seksi.

Oleh itu, sebuah agensi pengiklanan tempatan sedang meneliti tiga orang bintang KPOP yang kini bergerak solo iaitu HyunA, Jessi dan Hwasa untuk dijadikan ikon bagi memikat remaja tempatan.

Hyuna



HyunA yang merupakan bekas ahli 4Minute pernah banyak kali datang ke Malaysia bersama 4Minute dan secara solo untuk menghiburkan peminat tempatan. Manakala, Hwasa yang masih lagi ahli Mamamoo hanya datang ke Malaysia sebagai ahli Mamamoo dan tidak sebagai penyanyi solo walaupun kini dia begitu gah sebagai penyanyi solo di Korea.


Mungki jua, masa dan keadaan sekarang yang menyebabkan Hwasa tidak boleh datang menghiburkan peminat secara solo di Malaysia.

Jessi pula yang lebih menonjol sebagai rapper dan penyanyi solo sebenarnya bekas ahli kumpulan Lucky J masih belum pernah hadir ke Malaysia. Pun begitu, ketiga-tiga nama ini dipetik agensi berkenaan kerana memiliki imej yang sama dari segi populariti dan imej.

Hwasa.


Masih lagi bingung memilih, agensi berkenaan sedang merisik peminat KPOP dari Asia Tenggara terutama sekali Malaysia, siapakah yang benar-benar mampu menarik perhatian remaja tempatan?

Difahamkan, salah seorang dari mereka bertiga ini bakal dipilih menjadi duta produk jenama popular dari China yang gah di Malaysia yang mana ia dikhususkan buat remaja yang berani dan berumur lingkungan 15 tahun ke atas. Lebih terperinci, buat remaja gila gajet dan tekno.

Hyuna dan Jessi.


Jika melihat dari segi daya tarikan yang ada, Jessi dikatakan melebihi kriteria kerana dia petah berbahasa Inggeris berbanding HyunA dan Hwasa. Namun, Hyuna dan Jessi dikatakan yang paling rapat kerana kedua-duanya berada dalam agensi hiburan Korea yang sama iaitu P Nation.

Bagaimanapun, ia juga tertakluk kepada selera masyarakat Malaysia. Siapakah yang anda mahu menjadi pemikat remaja tempatan?

Menurut sumber, artis seksi ini bakal datang ke Malaysia seandainya dipilih dan selepas pintu negara di buka semula kepada artis Korea.

Kongsikan artikel ini