Mampukah Juara Sulung The Mask Singer Malaysia Tandingi 10 Juara Unggul Versi Korea?

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sungguhpun pada awalnya mendapat tentangan hebat dari peminat setia program asal Korea kerana berlainan format dan konsep, The Mask Singer Malaysia yang dihoskan pengacara handalan Malaysia iaitu Dato AC Mizal sudah pun hampir melabuhkan tirai dan mendapat sokongan dari penonton yang menularkan program ini dari ASTRO WARNA ke sosial media.

Teka-teki siapakah Selebriti Malaysia di sebalik maskot masih belum terungkai sepenuhnya dan hanya dua tekaan tepat mampu dikupas juri iaitu Hairul Azreen yang menyarungkan karakter Ayam Jantan dan Datin Paduka Eina Azman yang mengenakan maskot Raflessia.



Adakah peminat teruja mahu ketahui juara sulung The Masked Singer Malaysia atau figura di sebalik Maskot berkenaan? Yang pasti, johan pertama program ini bakal di ketahui pada Jumaat bersamaan 7 November di ASTRO WARNA bermula jam 9 malam. Mengenali 6 finalis The Masked Singer, rata-rata kesemuanya mereka mempunyai vokal yang mantap dan mempunyai ciri yang lengkap sebagai penyanyi.

Walaupun ada yang kena dan ada yang tidak tekaannya, netizen lebih handal menilai dari juri kerana kebanyakan tekaan netizen lebih tepat. Kini netizen merasakan selebriti di sebalik Bunga Raya adalah penyanyi kecil molek Aina Abdul. Manakala tekaan netizen dan juri sama apabila Wau dikatakan penyanyi bergelar Datin iaitu Alyah. Untuk Rajah Brooke pula, ketua juri iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi seakan sudah setuju dengan tekaan netizen dan merasakan penyanyi Vanessa adalah penyanyi disebalik maskot berkenaan.

Kesangsian berlaku untuk Enggang dan Orang Utan. Namun, tekaan majoriti merasakan Enggang adalah Vince dan Orang Utan pula antara Fimie Don atau Tuju K-Clique. Tekaan terus dinilai, namun yang menjadi persoalannya di sini, mampukah juara pertama The Masked Singer Malaysia menandingi 45 juara versi Korea?

Tanda tanya ini bukanlah mahu melagakan bakat juara Malaysia dan juara dari Korea, tetapi ia lebih kepada mampukah ia mengubah kehidupan juara berkenaan yang mana kebanyakan juara di Korea terus diiktiraf sebagai penyanyi hebat dan menerima berlambakkah persembahan selepas tamat perjuangan di program berkenaan. Perubahan ketara berlaku di Korea apabila juara tersebut datang dari ahli kumpulan KPOP. Perubahan drastik juga berlaku kepada 10 juara unggul Korea yang telah menjadi juara unggul lebih 5 kali.

Bagi yang belum kenal juara dari Korea, KOREA BUZZ senaraikan 10 juara Unggul The King Of Masked Singer Korea yang sudah menjadi raja segala raja lebih kepada 5 minggu berturut-turut. Adakah anda suka dengan juara ini?

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini