Mula-Mula Negatif, Tapi Selepas Kuarantin Diri Minhyuk BTOB Sah Positif Covid-19!

Sejak Korea Selatan dikhabarkan diserang varian Korona Delta, hari demi hari, ramai selebriti Korea menerima perkhabaran duka apabila terlalu ramai disahkan positif COVID-19.

Terbaru, ahli BTOB yang baru saja membuat kemunculan semula menerusi album baru, Minhyuk disahkan positif COVID-19. Pada mulanya, Minhyuk disahkan negatif selepas menjalani ujian.

Minhyuk BTOB- Foto Naver.com


Figura kacak dan seksi ini dikatakan dijangkiti oleh guru vokalnya yang positif Korea. Keputusan tersebut negatif pada 14 Julai 2021. Namun, selepas menjalani kuarantin diri, pada 17 Julai 2021, pihak pengurusan Minhyuk iaitu Cube Entertainment mengumumkan penyanyi ini sah positif.

Keputusan ini diperoleh selepas Minhyuk mengunjungi pusat kesihatan pada 16 Julai 2021 kerana dia mengalami batuk-batuk dan demam. Oleh itu, Minhyuk sekarang ini sedang dirawat dan pihak mereka akan mengikut segala arahan yang ditetapkan pihak kerajaan Korea.

ALBUM BARU BTOB


Semoga Minhyuk segera kembali pulih dan boleh aktif semula selepas baru saja bangkit dari kesepian tanpa album baru. Peminat BTOB juga diharap bertenang dan jangan mudah terpedaya dengan berita palsu.


Kongsikan artikel ini