Misteri Kehilangan DMTN Terjawab Tapi Simon Wajib Tunai Janji Jika Mahu…

Peminat kumpulan Dalmation (DMTN) menarik nafas lega apabila mereka berpeluang bersemuka dengan Simon yang merupakan ahli kumpulan KPOP yang sudah lama menghilangkan diri dari arena muzik Kpop. Pertemuan ini telah dibuat di hotel Westin KL, yang didatangi hampir 100 peminat DMTN di Malaysia, baru-baru ini.

 

 

Peminat yang hadir. Foto: IG Shereen Nadira Jasney

 

 

 

Bagaimanapun, pertemuan tersebut adalah kesinambungan penjelajahan Simon ke beberapa negara Asia Tenggara yang mana sebelum Malaysia figura kacak ini telah ke Singapura, Indonesia dan Filipina. Menariknya, pertemuan di Malaysia mencatat rekod menarik apabila ia bukan saja dihadiri peminat dari Malaysia tetapi turut disertai peminat dari Singapura. Malah, Simon begitu gembira kerana sesi bertemu peminat itu full house dan rasa rinduinya terhadap peminat terubat.

 

 

 

Simon turut mempunyai peminat senior (kanan). foto Ig syera kamarulzaman (kiri) & Benny (Kanan)

 

 

 

Pada sesi pertemuan secara kecil-kecilan itu, peminat yang begitu merindui aksi DMTN tersenyum lebar apabila Simon mendedahkan mengenai status kumpulannya. Mereka begitu teruja bahawa kesemua ahli DMTN masih lagi aktif secara solo dan tidak berada dalam keadaan sukar seperti yang dihebahkan sebelum ini.  Simon memberitahu, DMTN masih lagi ada dan belum berkubur lagi. Mereka bakal kembali dengan album terbaru dengan konsep yang lebih segar dan menarik. Program penjelahan Simon ke beberapa negara Asia juga merupakan salah satu perancangan mereka untuk mengatur langkah untuk kembali di pentas K-POP.

 

 

Beberapa peminat turut menghantar Simon ke KLIA. foto ig: @sheyladaly

 

Sebelum kembali beraksi menghiburkan peminat dengan DMTN, Simon yang kini turut bergelar produser turut mempunyai tugasan berat. Malah, status untuk dia dan DMTN kembali juga tertakluk kepada projek yang diketuainya. Simon memberitahu, dia sangat sibuk mendidik dan menubuhkan sebuah kumpulan baru yang kesemuanya terdiri dari gadis muda dari Jepun yang mempunyai bakat luar biasa. Mengikut perancangan, kumpulan ini bakal debut dalam waktu terdekat atau paling lewat tahun depan. Seandainya projek ini berjalan lancar, ia turut sama melancarkan proses DMTN kembali di pentas. Oleh itu, Simon terharu sangat sesi bertemu peminat berjalan lancar dan memberi dia semangat baru.

 

 

 

Aksi Simon melayan peminat. Foto IG Intan Eraneera

 

 

Selain memberitahu perkembangan terbaru tentang DMTN, dirinya dan projek kumpulan itu, Simon turut mendendangkan 3 buah lagu khas buat peminat Malaysia. Malah, Simon juga telah menyanyikan lagu popular DMTN secara spontan untuk mengubati peminat DMTN.  Selepas Malaysia, Simon telah berkunjung ke Taiwan dan kini sudah berada di Korea untuk meneruskan projek dan tugasannya untuk peminat setia DMTN. EH! KOREA BUZZ berharap Simon dapat menunaikan impiannya dan projek tersebut terlaksana dengan jayanya.

 

 

 

Simon seorang yang rendah diri. Foto IG: sheyladaly

Kongsikan artikel ini