Juri Tergamam Hingga MUSE Hampir Markah Penuh, Model Korea Dicabar Cakap Melayu Pula!

Minggu pertama Acting Challenge DramaNovela kolaborasi bersama Altitude World Supermodel Korea 2021 (AWS) berjalan lancar dengan penyertaan Paul An, Kwon Hee dan Misha pada 21 Ogos 2021.

Masing-masing memberi persembahan terbaik dengan lontaran dialog berkesan. Salah seorang peserta hampir mendapat markah penuh tetapi persaingan diteruskan dengan dua lagi peserta lain dicabar ke peringkat seterusnya.

Markah juga boleh bertukar apabila Hyunmin-A, National Director Korea & Malaysia mencabar Paul An dan Misha untuk bertukar watak dan tampil semula pada Sabtu minggu kedua, 28 Ogos 2021. Markah tambahan diberikan bagi dua peserta ini yang menunjukkan komitmen terbaik pada setiap temu janji dan tugasan diberikan. Namun, mereka wajib berdialog dalam bahasa Melayu pada drama minggu ini.

Drama Lakonan Paul


Anda dijemput memeriahkan panggung drama ini dengan menyertainya di pautan dibawah.

DramaNovela Acting Challenge juga mendapat sokongan klien seperti Wongi, Rupa Store dan Wardah Cosmetic.

Rupa Store boleh diintai di Instagram @rupastore yang mana ia adalah aksesori hub yang menyediakan barangan aksesori dari rantai, gelang, cincin dan anting-anting. Sering menjadi pilihan influenser & selebriti tanah air.

Wardah Cosmetics berasal dari Indonesia kini dipasarkan di Malaysia. Produk kosmetik dan kecantikan ini dijamin halal. Anda boleh dapatkan Wardah di farmasi dan atas talian seperti Watsons, Guardian, Shopee, Lazada, and Zalora. Anda boleh masuk ke IG @wardahbeauty_my atau layari laman web wardahbeauty.com

Wongi, produk Wongi Sampai Mimpi ini boleh ditemui di Instagram laman web wongi.com.my, @wongi_hq dan Facebook WongiHq. Wangian di inspirasi dari jenama antarabangsa ini 99% wangian sama, bersaiz 15ml dan mudah dibawa ke mana-mana. Botolnya tahan lasak, wangian tahan sehingga 8-12 jam serta halal dan mesra wuduk. Terdaspat 10 jenis bau untuk wanita dan 10 jenis bau untuk lelaki.  Sanitizer juga disediakan bersaiz 60ml serta berbau wangian perfume. Selesa digunakan, membunuh kuman dan virus di tangan. Semestinya tidak mengeringkan tangan anda.

Drama lakonan Kwon Hee

DramaNovela berbesar hati mengumumkan kolaborasi bersama Altitude World Supermodel Korea 2021 (AWS) untuk melakukan tugasan Acting Challenge bersama finalis bergelar MUSE.

Finalis bakal memperdengarkan bakat lakonan mereka menerusi aplikasi clubhouse DramaNovela. Tugasan diberikan berpadu suara dengan pelakon tempatan mirip drama radio. Dua pemenang bakal dipilih untuk memegang watak utama dan watak kedua dalam sebuah drama di aplikasi sama bersama pelakon tempatan lain pada Sabtu, 4 September 2021 jam 10 malam (MYT).

Peserta diadili juri undangan DramaNovela seperti  pelakon, Tony Eusoff, Patricia Sargunan selaku Penerbit Eksekutif Knowmad Productions dan Adrian J Williams seorang Pengarah Filem/Animasi. Mereka akan mengadili peserta dari segi pemahaman watak, lontaran suara, kreativiti pelakon mengolah peranan, XFactor dan sebagainya.

Drama lakonan Misha

Event 28th Aug 2021

https://www.clubhouse.com/join/dramanovela/IIUm7Z2f/PrW8Ql3O

* Finale 4th Sept 2021

https://www.clubhouse.com/join/dramanovela/a328kpHe/PA303NG8

Kongsikan artikel ini