Mohon Maaf Hilang Fans, 4 K-POP Star Jalani Ujian Covid-19. Keputusannya…

Empat Bintang Kpop, Jungkook dari BTS, Jaehyun NCT, Minkyu Seventeen dan Cha Eun Woo Astro memohon maaf secara terbuka selepas mengaku bersalah melanggar peraturan penjarakan sosial Covid-19 yang dikeluarkan pihak kerajaan Korea. Keempat-empat selebriti popular ini didapati telah mengunjungi kelab di Itaewon pada 25 April 2020.

Kesemua bintang popular ini telah bersama-sama keluar ke Itaewon pada Sabtu malam sehingga pagi Ahad. Mereka telah pergi ke restoran dan pusat hiburan yang terletak di Itaewon.  Disebabkan pelanggaran tersebut, mereka telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 1 Mei 2020.

Walaupun mereka berempat didapati negatif corona virus, tempat yang dikunjungi mereka telah diarahkan tutup oleh kerajaan kerana salah seorang dari pelanggan kelab tersebut telah didapati positif Covid-19.
 

Jungkook BTS.

Oleh sebab itu, peminat meminta pihak artis tersebut memberikan penjelasan lebih terperinci dan memohon maaf secara terus tidak melalui pengurusan. Atas desakan tersebut, Big Hit yang mewakil Jungkook merupakan syarikat pertama yang tampil ke depan dengan memohon maaf. Mereka mengakui silap mereka perkara ini telah terjadi.

Jaehan NCT bersama surat yang ditulisnya.


Bagaimanapun, sebelum menyatakan permohonan maaf ini dan sewaktu kecoh netizen membahaskan isu tersebut, Big Hit ada menyerang balas dengan mengatakan ini adalah privasi artis berkenaan. Apa yang pasti, kerana kesilapan tersebut, Jungkook dengan rela hati menjalani ujian dan mengumumkan keputusannya negatif. Malah, Jungkook menyesal kerana gagal mematuhi undang-undang negara.

Cha Eun Woo,.


Selepas Big Hit, Pledis ENtertainment yang menguruskan Minkyu Seventeen juga memohon maaf disusuli Fantagio yang mewakil Cha Eunwu dan SM Entertainment mewakili Jaehyun.   
 
Sementara itu, Jaehyun dan Cha Eun Wu didapati kehilangan banyak followers di laman Instagram kerana sikap sambil lewa mereka tentang perintah Covid-19. Jae hyun telah mengambil inisiatif menulis surat maaf. Eun Woo difahamkan hilang paling banyak peminat dari 7.6 Million kepada 7.2 Million.

Minkyu Seventeen.

Kongsikan artikel ini