Mokkoji Korea Ajak Borak Secara Langsung Dengan KPOP Star Setiap Selasa

Bagi mengatasi norma baharu dunia, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea iaitu MCST dengan kerjasama K-OFICE (Korea Foundation for International Cultural Exchange) menganjurkan program atas talian besar-besaran atas nama MOKKOGI KOREA.

Idea dan konsep baru ini diketengahkan bagi mengatasi masalah dan permintaan peminat KPOP dunia untuk terus berinteraksi dan berhibur dengan bintang KPOP kegemaran masing-masing. Ia juga adalah norma baharu yang menggantikan konsert jelajah yang dijalankan pihak agensi hiburan Korea di serata dunia.

Malah, konsep baru ini lebih menarik dan membuka lebih banyak ruang kerana menyediakan platform seperti Live Streaming bersama KPOP Idol, Games dan perkongsian K-Lifestyle bersama influencer dan youtuber popular dari Korea.

Bagi memulakan edisi rasmi ini, Mokkoji Korea telah memilih 3 negara utama iaitu Myanmar, Filipina dan Kazakhstan untuk menganjurkan beberapa program eksklusif untuk peminat yang datang dari tiga negara tersebut.

Platform MOKKOJI KOREA adalah kandungan atas talian yang boleh di akses warga dunia yang mahu melihat sendiri secara eksklusif budaya dan berhibur bersama bintang KPOP. Program ini telah pun dimulakan pada 20 Oktober 2020 dan berlanjutan sehingga 26 Januari 2021.

Perkataan ‘MOKKOJI’ berasal dari bahasa Korea yang membawa maksud menyatukan dan merapatkan orang untuk pesta dan festival. Paling menarik, ramai bintang KPOP terkenal telah bersetuju untuk bersama peminat dalam program Live Streaming yang diadakan setiap hari Selasa dan dibahagikan dalam 15 kategori. Bintang KPOP tersebut ialah Golden Child, AB6IX, Lovelyz, Seven O’Clock, Teen Top, D-Crunch, April, Dong Kiz, MCND, D1CE,3YE dan ONEUS

Mulai November 2020 sehingga Januari 2021, selebriti dari Korea dan negara yang terpilih akan terlibat untuk memperkenalkan budaya masing-masing. Fans meeting bersama KPOP artis turut dilaksanakan dalam platform ini. Untuk mengetahui lanjut mengenai program ini, anda boleh lusuri mokkojikorea.com.