Mood Orang Korea Rai Natal Membara Dengar 10 Lagu Krismas Korea Ini

Setiap kali menjelang hari Natal, ada saja lagu baru Krismas dipasarkan di Korea. Malah, boleh dikatakan hampir kesemua artis Korea menerusi pengurusan mereka seakan berlumba-lumba menampilkan lagu baru. Ada juga mengolah lagu lama menjadi versi baru.

 

EXO kumpulan yang banyak lagu Krismas popular.

Namun, berdasarkan kajian dan pengalaman orang Korea, hanya segelintir lagu Krismas baru mendapat perhatian dan popular. Pada biasanya lagu baru tersebut  menjadi popular apabila ia dinyanyikan artis K-POP yang betul-betul popular. Paling tidak pun, melodi dan liriknya sangat mencengkam dan menimbulkan mood Natal.

 

IU mendapat jemputan konsert Krismas paling banyak setiap tahun.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah, setiap kali menyambut Natal, orang Korea pasti mendengar lagu yang sama bagi menyemarakkan sambutan perayaan ini. Apa yang pasti, lagu tersebut sememangnya membuatkan hati sangat membara dan teruja sambut natal apabila mendengarnya. Apatah lagi dengan muzik video yang mempersonakan.

 

Twice merupakan artis baru yang mempunyai lagu Krismas popular.

Istimewa buat pembaca EH! Korea Buzz yang bakal menyambut perayaan Krismas pada 25 Disember ini, kami hidangkan 10 lagu krismas popular yang sentiasa menjadi pilihan setiap kali menjelang Natal. Adakah mood Natal anda bangkit sama seperti orang Korea selepas mendengar lagu-lagu ini? Cubalah dengar sendiri.

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

IU- 미리 메리 크리스마스/ Merry Christmas In Advance

 

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini