Masih Belum Move On Pemergian Lee Kwang Soo, Produser Running Man Dedah Perkara Luar Biasa Yang Memang Mengejutkan!

Episod terakhir program Running Man yang melibatkan Lee Kwang Soo mencetuskan pelbagai emosi sehinggakan ramai menitiskan airmata terutama sekali kesemua selebriti yang terlibat dalam program tersebut.

Nampaknya perpisahan tersebut masih lagi ramai meratapinya sehinggalah produser program berkenaan memuat naik foto Lee Kwang Soo di laman sosialnya. Foto tersebut merupakan salah satu foto Lee Kwang Soo dalam salah satu episod Running.

Dia meluahkan foto tersebut memang membuatkan dia sering tertawa dan dalam mood gembira. Dia turut menulis sesuatu yang luar biasa tentang Lee Kwang Soo.

Foto yang dikongsi produser di Instagram

“Saya masih ingat lagi, Lee Kwang Soo tidak pernah kata tidak pada pasukan produksi,” katanya.

Dia teringat tatkala mencabutkan tanda nama dengan jari kelengkeng yang sakit. Saya terluka kerana bom air di pertengahan musim salji yang sangat sejuk.

“Saya dapat lihat betapa bersungguh Lee Kwang Soo sewaktu penggambaran Running Man,” ujarnya lagi.

Episod terakhir Running Man bersama Lee Kwang Soo


Dalam pada itu, produser turut mengelarkan zirafah Korea ini sebagai Tazza dalam industri hiburan yang sering bertindak sebagai Mutant. Ia sama seperti filem yang dilakonkan oleh Lee Kwang Soo.

“Saya ada sesuatu yang ingin saya katakan kepada semua. KwangSoo, Saya tidak bodoh. Tidak! Walaupun bengap tapi itu bukan bodoh. Betulkan?” ia adalah ayat yang membuatkan produser tertawa.


Kongsikan artikel ini