Menang Emas & Tular Di Olympics 2020, Oh Sang Uk Sah Sertai Program I Live Alone Di MBC

Fencer dari Korea yang mendapat jolokan kembar Park Seo Jun, Oh Sang Wook mengesahkan dirinya akan terlibat dengan program popular di MBC iaitu I Live Alone.

Perkara ini disahkan pihak penerbitan program berkenaan pada 11 Ogos 2021 dengan mengatakan Oh Sang Uk salah seorang selebriti yang sudah mengesahkan penglibatan untuk rakaman program ini.

Foto Instagram Oh Sang Uk


Malah, mereka berharap penglibatan atlet kacak ini mendapat sokongan ramai. Nama Oh Sang Uk menjadi perhatian di Korea dan peminat antarabangsa selepas memenangi pingat emas dalam acara fencer berpasukan di Olympics 2020 yang berlangsung di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

Selepas itu, pasukan fencer Korea tular dan menjadi popular kerana kekacakan mereka sehingga digelar F4 yang digelar untuk empat bintang drama Boy Over Flower.

Foto Instagram Oh Sang Uk

Sang Uk digilai kerana dia juga mempunyai pakej lengkap sebagai model dan pelakon. Malah, dia mendapat gelaran kembar Park Seo Jun. Selain Sang Uk, pemain boleh tampar Kim Yeong Kyung juga sudah menunjukan minat untuk menyertai program I Live Alone.

Program ini sangat popular di Korea dan ditayangkan setiap Jumaat jam 11.10 malam.

Kongsikan artikel ini