Orang Buta Dari Johor Hasil Vaksin Untuk Korea Yang Dijual Secara Online tapi…

Jika anda pengemar muzik dari Malaysia, pasti anda tahu bahawa salah seorang ahli kumpulan One Avenue Band yang popular dengan lagu Kisah Antara Kita merupakan seorang yang istimewa. Difahamkan insan tersebut juga adalah guru kepada penyanyi cacat penglihatan terkenal iaitu Azmi Caliph Busker.

Meneliti profil figura tunjang utama One Ovenue Band bernama Mahathir Bin Mustapha atau lebih popular dengan nama Madey Vai, insan istimewa ini sebenarnya pernah mengubah beberapa lagu raya dengan mood irama KPOP untuk dinyanyikan oleh penyanyi dan youtuber terkenal dari Korea iaitu Daud Kim. Lagu yang diberi nama Insa Raya ini telah dinyanyikan Daud bersama beberapa penyanyi dari Malaysia dan disiarkan dilaman youtube Daud pada 2019.

Cacat penglihatan tidak menghalang Mahathir untuk terus mencipta nama di persada antarabangsa kerana dia mempunyai tanggungan yang mana dia baru saja menerima cahaya mata terbaru pada 2020. Walaupun susah, pada penghujung 2020 yang mana di era anak seni kekurangan tempat untuk mencari nafkah, Mahathir berjaya menghasilkan vaksin untuk orang Korea.

Vaksin yang diolah bersama komposer baru dari selatan tanahair iaitu Afzad Bae telah dibuat dalam dua versi iaitu bahasa Korea dan bahasa Melayu. Vaksin telah disempurnakan pembuatannya dengan dinyanyikan anak Johor yang bergelar penyanyi KPOP iaitu Hyunmin-A. Lagu sedih yang banyak mengisahkan realiti kehidupan dalam norma baharu ini mula disiarkan ke peringkat global di semua platform digital mulai 21 Januari 2021.



Lebih istimewa, muzik video Vaksin yang dibuat dalam versi webtoon ini turut sama dilancarkan di saluran youtube KOREA BUZZ pada tarikh yang sama. Nampaknya tagline luaskan kuasamu yang dipegang anak jati johor terus berkembang apabila pelukis webtoon tersebut juga berasal dari Johor iaitu bella.w55. Semoga gabungan empat anak selatan ini berjaya menambat hati ramai orang bukan saja diperingkat Malaysia tetapi peringkat global.

Kongsikan artikel ini