Panas!!! Teguran Pedas Orang Korea Buat Aina Abdul Terhadap Silap Besar Lagu Sepi Versi Korea

Nama penyanyi Aina Abdul mendapat perhatian segelintir peminat muzik KPOP apabila dia alih bahasa lagunya yang berjudul Sepi ke dalam bahasa Korea 100%. Walaupun rata-rata peminat Aina Abdul berbangga dan memuji nyanyiannya, namun ada yang tidak tahu bahawa pelantun lagu Semalam banyak melakukan kesalahan.

Oleh kerana Aina pernah berkata sedia menerima kritikan demi lagu tersebut, penyampai radio dan produser dari Korea, Jay Lee memberikan teguran kepada Aina mengenai tajuk lagu Sepi yang ditulisnya dengan 세피.

Mengetahui maksud SEPI dalam bahasa Melayu kerana pernah menetap lebih 5 tahun di Malaysia sebelum kembali ke Korea kerana pandemik COVID-19, Jay Lee yang pernah menghiasi kulit depan KOREA BUZZ menjelaskan kesilapan pertama yang dilakukan Aina untuk lagu berkenaan.



“Jika dia mahu menggunakan sebutan yang sama dengan SEPI, penggunaan 세피 sememangnya salah. Ini kerana 세피 berbunyi Saypee bukan Sepi. Jika mahu sebutan sama dengan Sepi tajuk lagu tersebut ditulis dalam hangul seperti 스피,” katanya.


Dalam pada itu, sebaiknya Aina menukar tajuk lagu tersebut ke erti yang sama dengan Sepi kerana 세피 membawa maksud kulit tipis. Malah, perkataan Korea yang lebih tepat untuk ini ialah 외롭다 yang disebut Wirobta.

Menurut informasi yang dipaparkan, lirik terjemahan tersebut adalah hasil gabungan penulis dari Malaysia dan peminat atau sahabat Aina Abdul dari Korea. Bagaimanapun, terdapat beberapa ayat yang ditulis salah ejaan dalam bahasa Korea dan tulisan hangul.

Bagi memperbetulkannya, penulis KOREA BUZZ, Rinny Jang berasal dari Korea yang pakar bahasa Korea dan Thailand memberitahu kesilapan yang dilakukan Aina dan pasukannya untuk lagu berkenaan.

Kesilapan dari penulisan lirik Korea.


“Secara keseluruhan, lirik yang tulis oleh penulis ini tidaklah mempunyai major kesalahan. Cuma ada kesilapan kecil saja yang lebih kepada salah ejaan. Ini pembetulan yang sepatutnya… 네게 계속 속사이네요 , 돋친 길에서 dan가시가 돋친 길에서

“Bagaimanapun, sebutan Aina untuk lagu ini banyak lagi perlu diperbaiki. Dari 100%, saya hanya boleh berikan 50% saja sebutannya yang tepat dan betul. Dalam erti kata lain, jika tanpa melihat lirik, maksud lagu ini sudah jadi lain ertinya. Nasihat saya agar Aina merujuk dengan orang yang lebih tepat bukan sekadar mempunyai penulis lirik dalam orang Korea.

“Sepatutnya Aina patut merujuk kepada orang yang pakar dalam bahasa Korea dan juga pakar dalam bab nyanyian lagu Korea. Orang Korea tidak bermaksud boleh menulis dan mengajar bahasa Korea dengan tepat.

“Jadi, Aina perlu berjumpa dengan cikgu bahasa Korea. Begitu juga nyanyian dan feel lagu ini, Aina patut bertanya penyanyi dari Korea atau orang yang berpengalaman dalam bidang muzik Korea. Bukankah di Malaysia ada orang tersebut,” jelasnya secara lebih terperinci.

Mengetahui bahawa ada peminat berharap orang Korea menerima lagu tersebut, Rinny menjelaskan bahawa lagu ini tiada masalah dari segi nyanyian dan melodi. Sebaliknya, orang Korea sangat sensitif dalam bahasa Korea. Jadi, seandainya Aina berhasrat mahu mengotakan janjinya terhadap peminat, pelbagai inisiatif perlu diambil kira.

Pihak redaksi turut memberitahu penukaran bahasa apa jua lagu ke dalam bahasa Korea bukan sekadar penterjemahan. Mereka perlu menadaptasi jalan cerita menggunakan bahasa Korea yang sesuai. Ini kerana. bahasa Korea amat rumit dan ada juga ayat yang ditulis dalam bahasa Korea tiada maksud dan ia juga kata pinjaman dari bahasa Cina.


Teguran dari pihak redaksi KOREA BUZZ asal Korea dan penyampai radio EBS ini sekadar mahu Aina terus belajar. Bagaimanapun, pujian harus diberikan kerana pendekatan yang dilakukan Aina sendiri yang semakin gah di Malaysia dengan lagu ciptaannya.

Kongsikan artikel ini