Kumpulan Panda Boys Bubar Selepas 5 Hari Debut Sebab Eksploitasi Budak Bawah Umur!

Kumpulan Idola menyerupai KPOP dari China iaitu Cheonbu Boys / Panda Boy telah dibubarkan selepas lima hari debut kerana ahlinya berumur lapan tahun. Malah, kumpulan ini dianggap mengeksploitasi budak-budak.

Menurut media China Peng Phai pada 25 Ogos 2021, agensi Cheonbu Boys mengumumkan pembubaran kumpulan itu di Weibo pada malam sebelumnya.

Agensi itu berkata dalam satu kenyataan, “Melalui perbincangan dalaman, kami memutuskan untuk membubarkan kumpulan ini dan menjalankan kerja-kerja susulan dengan setia. Kami menghargai kritikan daripada semua lapisan masyarakat dan netizen,” Kata wakil agensi.

Chunbu Boys, yang terdiri daripada tujuh orang kanak-kanak, terpalit dengan kontroversi apabila penampilan sulung mereka pada 20 Ogos 2021 undang kemarahan ramai pihak.

Ahli tertua berusia 11 tahun dengan purata umur lapan tahun, dan yang termuda hanya tujuh tahun. Netizen terkejut dengan penampilan sulung kanak-kanak ini.

Beberapa netizen juga mengkritik agensi telah eksploitasi kanak-kanak dengan berkata, “Kamumenggunakan kanak-kanak untuk menjana wang.”

Media juga menyertai kritikan itu seperti China Central Television menegaskan, “Jangan jadikan kanak-kanak sebagai pembuat wang, dan jangan membuat mereka debut sebelum mencari jalan untuk hidup,” dan Beijing Youth Daily juga mengkritik, “Ia sebenarnya penderaan kanak-kanak.”

Apa yang pasti, keakuran agensi ini mungkin dapat melegakan setengah pihak bagaimanapun adakah keperitan kanak-kanak terubat apabila keputusan ini dibuat?

Kongsikan artikel ini