Ramai Terkedu Bila Aktres Jang Young Nam Dedah Hubungan Sebenar Dengan Park Bogum!

Lama sungguh tidak mendengar cerita aktor Park Bogum yang kini berehat seketika kerana menjalani tanggungjawab sebagai warganegara Korea selama dua tahun. Bagaimanapun, nama Bogum atau lebih dikenali dengan Ahmad Bogum di Malaysia menjadi bualan seketika di Korea.

Ia terjadi apabila teaser program Problem In The Rooftop yang mendedahkan pengakuan aktres Jan Young Nam.

Dalam program tersebut, Young Nam dikenali sebagai seorang yang mempunyai bakat luar biasa dalam lakonan sejak dari kolej lagi. Dia mempunyai nama panggilan Daehakro Lee Young Ae kerana terkenal dengan kecantikan yang menawan hati ramai.

Jang Young Nam

Sementara itu, Jang Young Nam mendapat perhatian ramai apabila dia telah mendedahkan hubungan sebenar dia dan aktor Park Bo Gum.

“Bogum pernah memilih saya sebagai pelakon yang dia mahu berlakon bersama. Saya juga ada mencari bukti temuramah dan boleh tunjukkan pada anda. Saya rasa bangga dan tidak sangka,” katanya yang menujukkan reaksi positif terhadap Bogum.




Kongsikan artikel ini