Punca Kematian Masih Diragui, Pelawak Park Ji Sun & Ibu Ditemui Mati

Menurut sumber dari  Balai Polis Mapo, Seoul, pelawak popular Korea bernama Park Ji Sun dan ibunya telah ditemui mati di kediaman mereka yang terletak di daerah Mapo, Seoul. Mayat mereka ditemui kira-kira jam 1.44pm waktu Korea pada 2 November,2020.

Berdasarkan laporan dari balai Polis, ayah kepada pelawak ini telah menghubungi pihak polis selepas tidak dapat menghubungi isteri dan anaknya itu. Namun, apabila polis tiba di rumah mereka, Park Ji Sun yang berusia 26 tahun dan ibunya telah mati.

Setakat ini, polis sedang mencari punca dan masih belum tahu punca kematian mereka berdua serta tidak menjumpai sebarang tanda kes pembunuhan.

Park Ji Su mula dikenali sebagai pelawak apabila bakatnya ditonjolkan pihak KBS sekitar tahun 2007. Dia banyak kali muncul dalam program variasi serta menjadi pengacara utama beberapa program besar di Korea termasuklah sidang media dan konsert.

Salam takziah diucapkan buat keluarga terutama sekali buat ayahnda Park Ji Sun yang kehilangan dua wanita yang disayangi serentak.

Kongsikan artikel ini