Netizen Cair Dengan Aktor Taiwan, Patrick Shih Si Kembar Park Seo Joon!

Kebelakangan ini, ramai betul kembar wajah pelakon dan bintang KPOP dikesan. Terbaru, netizen telah mengesan seorang pelakon dari Taiwan mempunyai rupa paras saling tidak tumpah seperti pelakon utama Itaewon Class, Park Seo Joon.


Pelakon yang dimaksudkan adalah Patrick Shih yang lahir pada tahun 1996 dan popular dikalangan peminat dengan rambut ke hadapan dan wajah comel . Difahamkan, popular Patrick mula mendapat perhatian apabila dia membintang drama First Love Again.

Malah, peminat dari Korea turut membezakan dan membandingkan wajahnnya yang mirip seperti Park Seo Joon. Meneliti lebih dekat rupa paras mereka banyak persamaan terutama sekali pada bahagian mata, tulang rahang dan bentuk wajah.

Atas kerana ini juga, peminat berpendapat alangkah indahnya dan menarik apabila mereka berdua digandingkan bersama dalam sebuah drama. Terutama sekali sebagai adik beradik-kembar. Siapa setuju?

Kongsikan artikel ini