Bercinta Dengan Jejaka Mix Korea Jepun, Pelawak Korea Lee Se Young Naik Angin Tengok Muka Kacak BF!

Nama pelawak dari Korea, Lee Se Young jadi bualan netizen apabila dia berkongsi video sedang temu janji dengan kekasihnya. Pada petang 30 Januari 2021, pelawak ini telah mengemaskini bahawa dia sedang menjadi rawatan kesihatan emosi.

Bagaimanapun, dalam video berkenaan, Se Young hanya memakai bini berwarna ungu dan sedang mandi di kolam renang hotel dengan menunjukan potongan badanya.

Video tersebut mendapat teguran dan tontonan yang banyak apabila kekasih hati pelawak ini turut sama berendam dalam kolam renang tersebut. Malah, kekasihnya yang bernama Park Ill Pyeong turut menayang badanya yang seksi dan kekar.

Difahamkan kekasihnya itu adalah jejaka berdarah kacukan Korea dan Jepun. Tanpa rasa malu dan segan, mereka berdua berasmara dengan membanding saiz lengan dia dan kekasihnya itu. Mereka berdua dikatakan sudah 8 bulan tidak berjumpa disebabkan korona virus yang menular di Korea.

Reunion mereka berdua mendapat sokongan peminat. Bagaimanapun, ada yang cemburu dengan kekasihnya yang kacak dan seksi.

Sementara, Se Young yang telah mempunyai saluran youtube sendiri bersama buah hatinya dengan nama ‘Youngpyeong TV YPTV’ telah membuat kenyataan marah tentang wajah kekasihnya itu.



“Bila saya tengok muka kekasih saya yang kacak, saya jadi marah,” katanya.

Dia turut mendedahkan bahawa buah hatinya itu kacak seperti pelakon Korea.  Bagaimanapun, netizen membalas balik komennya itu dengan menyatakan saya tidak akan marah kalau jadi seperti anda, malah ramai yang cemburu dengan kekacakan dia.

Apa sekalipun, majoriti peminat cemburu Lee Se Young tayang Boyfriend Kacak dan sado Mix Korea Jepun!

Kongsikan artikel ini