Pelik Tak? Jimin BTS Juara, 5 K-Star Diundi Bau Wangi Walau 3 Hari Tak Mandi

Dengar pelik tapi peminat di Korea telah membuat undian dan kajian tentang artis lelaki Korea yang dikatakan sentiasa harum walaupun sudah beberapa hari tidak mandi atau membersihkan diri.

Menerusi kajian luar biasa tersebut, ahli kumpulan BTS, Jimin telah berada ditangga teratas. Menerusi keputusan tersebut, Jimin dikatakan artis lelaki Korea yang bau seperti haruman bunga walaupun tiga hari tidak mandi.

Kim Soo Hyun (kiri) dan Park Bogum turut tersenarai.

Undian berkenaan telah dijalankan dalam laman Exciting DC oleh Kelab Komuniti Peminat Korea bermula 3 Mei sehingga 9 Mei 2020 dengan portal DC Inside dan syarikat kaji selidik hiburan viral iaitu Mycelebs. Seramai 9,122 peminat Korea telah menyertai kajian tersebut dan jimin telah mendapat undian sebagai 4,288 (47%) dari jumlah keseluruhan.

Min Hyuk Nuest.



Berada di tangga kedua ialah pelakon kacak Park Bo Gum dengan undian sebagai 3,042 votes (33%) disusuli pelakon Kim Soo Hyun dengan undian sebanyak 1,183 votes (13%). Selebriti Korea lain yang tercalon dan menerima undian ialah ahli kumpulan ASTRO iaitu Cha Eun Woo yang berada ditangga ke empat dan ahli Nuest, Minhyun di tangga kelima.
Walaupun ia sekadar undian yang telah dibuat oleh peminat fanatik Korea, keputusan ia sudah tentu mengejut Jimin dan ahli BTS yang sedang sibuk menyiapkan album penuh ke empat dalam Bahasa Jepun yang akan menjengah pasaran pada 15 Julai nanti menerusi ‘Map of the Soul: 7 – The Journey.’

Keputusan penuh. Benarkah Jimin seperti yang diundi?


Kongsikan artikel ini