Warganet Histeria BIGBANG Comeback Tapi Orang Korea Keluh & Gelar …

Pada 3 Januari 2020, kumpulan BIGBANG yang dikenali sebagai King Of Kpop membuat keputusan rasmi bahawa mereka bakal kembali ke pentas seni mulai April depan. Menariknya, comeback mereka di pentas K-POP bukanlah di Korea tetapi di California, Amerika Syarikat bersempena Coachella 2020. Kenapa tidak dimulakan di Korea?

 

Pengumuman yang dibuat menerusi laman instagram Taeyang membuatkan ramai peminat kecoh dan heboh sehingga tular di peringkat antarabangsa. Malah, ia menjawab dan mengubat kerinduan peminat BIGBANG yang sebelum ini berehat kerana menjalani latihan ketenteraan selain menerima hukuman selepas terpalit dengan kontroversi besar dan memalukan.

 

Comeback BIGBANG kali ini amat berbeza sekali kerana hanya dibarisi oleh Taeyang, G-Dragon, TOP dan Daesung saja memandangkan Seungri sudah menarik diri dari kumpulan tersebut dengan secara rasmi kerana kes kontroversi yang melanda dirinya yang mana ia masih belum mempunyai keputusan muktamad.

 

 

Dalam pada itu, EH! KOREA BUZZ mendapat tahu, keputusan comeback yang dibuat BIGBANG sebenarnya hanya disukai oleh peminat antarabangsa saja. Difahamkan, ramai netizen Korea tidak menyukai berita tersebut. Malah, mereka turut menggelarkan BIGBANG sebagai kumpulan penjenayah.

 

 

Daesung

 

Sebaik saja mendapat tahu berita ini, anti fans BIGBANG  yang dahulunya peminat kumpulan ini mengeluh dan menyelar dakwaan yang mengatakan orang Korea menyokong mereka lagi. Sebahagian mereka menyatakan orang Korea tidak suka orang jahat dan penjenayah. Oleh itu, mereka sangat tidak suka mendengar berita BIGBANG comeback yang tular dan ia sangat mengecewakan.

 

GD

Tambah menarik, mereka memberitahu BIGBANG hanya mementingkan diri sendiri dan hanya mementingkan imej saja tanpa menghiraukan orang lain. Bahkan, tuduhan ini bukan saja untuk BIGBANG saja, ianya turut ditujukan kepada beberapa bintang Korea yang popular dengan berita skandal.

 

Taeyang paling popular kerana bakat bukan kontroversi.

 

Bukan saja BIGBANG, hampir kesemua artis di bawah naungan YG ENTERTAINMENT turut diheret sebagai artis penjenayah kerana dianggap bersubahat. Lebih-lebih lagi, 2019 terbongkarnya ramai artis YG terlibat skandal melibatkan dadah dan banyak lagi.

 

Seungri undang banyak kontrovesi dan tarik diri dari BIGBANG.

 

Dulu BIGBANG mungkin mempunyai ramai peminat tetapi sekarang tidak lagi di Korea. Kebanyakan peminat BIGBANG sudah kecewa dan tidak mahu mengambil tahu berita tentang BIGBANG. Malah, penyokong YG ENTERTAINMENT juga bersikap endah tak endah dengan berita yang melibatkan artis YG seperti WINNER, iKON dan BLACKPINK.

 

TAEYANG

Bagaimanapun, dari kumpulan BIGBANG, satu-satunya yang masih disukai oleh netizen Korea ialah Taeyang. Mereka menganggap Taeyang seorang lelaki yang baik walaupun dia tampil dengan imej ganas dan seksi. Malah, Taeyang yang merupakan suami kepada pelakon Min Hyo Rin dianggap bersih dan lelaki yang cool dan berbakat besar. Yelah, Taeyang juga kuat sebagai penyanyi solo kerana lagu dan vokalnya yang mantap.

 

TOP Janji tidak ulang kesilapan.

 

Apa sekalipun, tanggapan yang diberikan netizen Korea kepada BIGBANG bukanlah yang pertama kali. Seorang penyanyi Korea yang dibuang negara sehingga kini masih dibenci orang Korea selepas terpalit dengan isu jenayah. Malah, penyanyi berkenaan yang mahu kembali ke Korea masih dalam rayuan kes mahkamah.

 

 

Oleh itu, imej artis Korea sangat penting kerana jika tersilap langkah, anda pasti dikubur hidup-hidup di Korea. Atas dasar itu jugalah, EH! KOREA BUZZ dimaklumkan ramai artis Korea membuat keputusan untuk menghiburkan peminat antarabangsa yang lebih prihatin dan pemaaf seperti peminat dari Malaysia. Adakah semua artis Korea sebegitu? Anda saja boleh menilainya.

Kongsikan artikel ini