Duta Korea Cari Bintang KPOP Dari Malaysia! Hanya Sebulan Saja Untuk Anda Bersiap…

Pertandingan yang mencari bakat dalam bidang muzik KPOP kembali lagi. Kali Ini, uji bakat 2021 K-POP World Festival bakal dianjurkan secara atas talian mulai 12 Julai 2021. Bagaimanapun, sesi pra-uji bakat untuk Malaysia bakal diumumkan kelak.

Sama seperti sebelum ini, anda hanya perlu merakam persembahan menyanyi dan menari lagu KPOP dan menghantarkan di ruangan yang disediakan. Penghantaran tersebut perlu menerusi link dari youtube anda.

Penyertaan kali ini hanya dibuka kepada penghantaran menerusi laman youtube sahaja. Selain melengkapkan borang yang disediakan, anda juga perlu menghantar video tersebut ke alamat emel kpopworldfestivalmy@gmail.com. Borang di sini. ( https://forms.gle/ok6RDuUQzrFoqCkDA ).

Masih mengekalkan format yang sama dari penganjuran tahun sebelum ini, kategori untuk vokal telah dimansuhkan yang mana hanya mengekalkan kategori persembahan saja. Setiap peserta perlu menghantar dua jenis video yang mana salah satu perlu mengikut tema lagu yang diberikan dan satu lagi tema bebas.

Untuk tema wajib, peserta perlu memilih samada lagu dari BTS iaitu Butter atau Dynamite dan lagu dari Blackpink iaitu Lovesick Girls ataupun How You Like That. Penyertaan terbaik akan dipilih oleh pihak penganjur iaitu kedutaan Korea di Malaysia.

Video tambah perlu disertakan oleh peserta yang layak ke peringkat seterusnya. Syarat tambahan adalah mereka perlu menghantar video pengenalan diri dan video persembahan tarian semula untuk pertandingan akhir di Korea.

Apa yang pasti, peserta menyertai soal selidik secara atas talian terlebih dulu. Pertandingan ini turut diadili juri profesional dalam bidang KPOP. Jangan lepaskan perlu ini, siapa tahu anda artis KPOP dari Malaysia selepas Hyunmin-A dan Issac. Selamat mencuba!

Kongsikan artikel ini