Pengarah Drama Polis Popular Umur 46 Tahun Didakwa Merogol Wanita Mabuk

Polis baru saja menahan seorang penolong pengarah sambilan yang didakwa cuba merogol seorang wanita dalam keadaan mabuk. Menurut laporan polis yang dikeluarkan pada 30 Jun 2021, Polis di Jungbu, Seoul menahan lelaki yang berusia 46 tahun yang dikenal pasti cuba merogol seorang wanita mabuk sewaktu berada di motel yang terletak di Junggu Seoul dua hari lalu.

Foto hiasan PEXELS


Kawan mangsa telah membuat laporan kepada talian 112 dengan mengatakan kawanya yang sedang keluar minum bersama hilang dan tidak dapat dihubungi. Selepas itu, polis menjumpai lelaki ini bersama mangsa di Motel dan polis dapat mengesan lokasi mereka berdua menerusi telefon pintar mangsa.

Foto hiasan PEXELS


Pengarah tersebut difahamkan terjumpa dengan mangsa di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah dan membawanya di motel berdekatan. Lelaki itu dikatakan seorang pembantu pengarah drama polis yang sedang ditayangkan waktu ini.

Polis memberitahu akan menghubungi mangsa dan menyelidik sama ada ia benar atau pun tidak.

Kongsikan artikel ini