Use your ← → (arrow) keys to browse
Nama bintang K-POP, BLACKPINK yang dibarisi 4 gadis jelita iaitu Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo semakin popular bukan saja di Asia tetapi di negara barat. Kumpulan yang masih baru dan mula ke persada pentas K-POP pada 8 Ogos 2016 dibawah label YG Entertainment terus mencipta nama ke persada dunia kini telah sah menandatangi kontrak dengan label dari Amerika Syarikat iaitu Interscope Records pada 23 Oktober 2018.
Dari kiri, Rose, Jisoo, Jennie dan Lisa.
Walaupun populariti BLACKPINK semakin melonjak di peringkat antarabangsa menerusi lagu DduDuDduDu, namun nama mereka sudah mula meniti dibibir orang Korea menerusi lagu berjudul Boombayah lagi. Penampilan BLACKPINK dipentas sering menjadi perhatian serta mengundang kontroversi. Namun, mereka tetap unggul dan dianggap THE NEXT 2NE1 selepas kumpulan 2NE1 hasil didikan YG Entertainment berkubur.
Apakah persama antara senior dan junior dari YG Entertainment ini?
Malah, ada juga menganggap BLACKPINK adalah BTS versi wanita apabila mereka banyak melakar nama diperingkat antarabangsa sama seperti kumpulan BTS yang dibarisi tujuh jejaka kacak iaitu Jin, Jimin, J-Hope, RM, Jungkook, V dan Suga. Ia berikutan BLACKPINk juga mempunyai lagu kolaborasi bersama DUALIPA.
Aksi bersama BTS.
Bagi pembaca EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A yang masih belum mengenali BLACKPINK, berikut adalah 12 Rahsia yang menjadi penarik kumpulan ini terus popular dan disenangi masyarakat Korea dan antarabangsa.