Perangai Berbeza, Kembar Tiga Daehan, Minguk dan Manse Bakal Bergelar Aktor?

Ayah kepada kembar tiga popular iaitu Daehan, Minguk dan Manse mengumumkan perkembangan terkini tiga anaknya yang kini sudah tinggi seperti model.

Song Il Gook yang kini sibuk beraksi sebagai pelakon muzikal 42nd Street nyata seronok kerana hero ciliknya itu bakal menonton persembahannya buat julung kalinya.



“Anak-anak saya akan datang menonton bersama kawan mereka. Mereka sudah bersekolah sekarang, jadi mereka boleh hadir tonton persembahan saya sekarang,” ujarnya.



Lebih menarik, anaknya Minguk telah membantunya untuk membaca beberapa skrip sewaktu dia sedang berlatih di rumah. Bagaimanapun, dia tidak tahu sama ada anaknya itu berminat mahu jadi aktor sepertinya.



“Setakat ini, anak-anak saya tidak pernah menyatakan hasrat untuk menjadi pelakon. Kami juga tidak mempunyai TV di rumah. Apabila mereka tanya apa pekerjaan saya, saya kata saya seorang pelakon. Bagaimanapun, saya tidak pasti adakah mereka tahu pekerjaan sebagai pelakon,” jelasnya.

Penampilan Daehan dan Minguk mendapat perhatian.



Bercakap lebih tentang minat anaknya dalam bidang lakonan, Song merasakan bahawa anak-anaknya itu tidak berapa suka diperhatikan seperti selebriti.



“Mereka memang suka tangkap foto sewaktu dalam The Return Of Superman. Namun, sekarang minat sibuk tidak lagi ada. Saya rasa satu pilihan tepat kami undur diri dari rancangan tersebut sebelum mereka tahu bahawa mereka sebenarnya muncul dalam kaca TV” jelasnya.

Bersama ayahnya yang juga pelakon popular di Korea.




Bercakap lebih tentang pembesaran anaknya itu, kesemuanya kini sudah berketinggian 142cm. Mereka juga dianggap besar dan tinggi mengikut usia mereka. Ibunya juga tinggi iaitu 172cm dan mahu mereka membesar dengan sihat.

Kongsikan artikel ini