Pertama Kali Mahu Berpuasa Di Malaysia, Aktor Korea Jemput Iftar Bersamanya

Kunjungan kali kedua aktor Korea bernama Cho Wan Jin ke Malaysia tempoh hari membuatkan dirinya terus jatuh cinta dengan budaya tempatan lebih-lebih lagi dengan hidangan makanan yang lazat dan pelbagai pilihan serta masyarakat tempatan yang mesra dan baik hati.

 

Cho Wan Jin juga pernah menjadi model pakaian Lebaran 2018. Foto: Jepp Ryoshashin.

 

Atas dasar itu, aktor tinggi lampai yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-27 pada Julai ini bakal mengemudikan sebuah rancangan travelog yang mengetengahkan makanan dan kebudayaan Malaysia. Untuk program tersebut, Wan Jin yang akan mengacarakannya dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Korea dengan santai dan penuh dengan cabaran.

 

 

Mahu lebar sayap dengan mewarnai banyak program tempatan. Foto: Jepp Ryoshashin

 

 

Sungguhpun sibuk dengan jadual harian sebagai pelakon di Korea, Wan Jin dijadualkan bakal turun ke Malaysia buat kali ketiga pada seminggu sebelum menjelang Ramadan. Kedatangan aktor kacak ini bukan saja untuk penggambaran program berkenaan, sebaliknya Wan Jin bakal turut serta untuk menyambut Ramadan. Keterujaan tersebut membuatkan Wan Jin ingin cuba untuk berpuasa bersama peminatnya di Malaysia.

 

 

Jom sokong Wan JIn berpuasa dengan menyertai program ini.

 

Sempena menyokong inisiatif Wan Jin berpuasa, sebuah majlis berbuka puasa bersama hero ini bakal diadakan pada 18 Mei 2018 bertempat di Hotel Amari Johor Bahru bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam. Peminat Korea dijemput hadir dalam program Iftar ini bagi menyokong aktor Korea yang baru saja menjinak-jinakkan diri untuk mengenal erti Puasa dan mendalami lebih lagi tentang budaya masyarakat tempatan.

 

 

 

Difahamkan, Wan Jin juga bakal mengumumkan sesuatu yang istimewa bagi peminat yang hadir pada majlis tersebut. Apapun, menu yang dihidangkan pada majlis tersebut merupakan hidangan istimewa bukan saja untuk Wan Jin tetapi untuk penyokong pelakon ini. Program ini dianjurkan oleh Alien At Work Resources bersama kelab peminat Korea Buzz iaitu KOREA BUZZ JIJIJA yang menyokong dan menganjurkan pelbagi program berkaitan dengan artis Korea di Malaysia.

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program istimewa ini.

EH! KOREA BUZZ doakan moga usaha murni pelakon yang juga bergelar model ini membuahkan hasil serta mendapat sokongan ramai. Tidak sangka sama sekali, Wan Jin juga giat belajar bahasa Melayu untuk program ini.

Kongsikan artikel ini