Tiada Peserta Ori Korea, Rata-Rata Peserta Big Stage 5 Berkiblatkan KPOP!

Pengumuman peserta  Big Stage musim ke 5 menjawab spekulasi ahli kumpulan KPOP, In2it, iaitu Issac Voo sah menyertai pertandingan ini. Namun, penyertaan beliau hanya seorang diri saja tidak bersama dengan kumpulan mereka yang baru saja gagal dalam pertandingan Peek Time di Korea.

Ia sekaligus menepati ramalan Korea Buzz yang menerima banyak pertanyaan mengenai Hoon Doo yang dikhabarkan menyertai Big Stage 5. Majlis pengumuman yang berlangsung petang tadi juga mengumumkan hos dan juri tetap baru iaitu Elly Mazlein yang menggantikan Sherry Alhadad dan Aliff Satar dan Aina Abdul menggantikan Dato Sri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.


10 orang peserta yang dipilij dan tiada peserta original dari Korea tersenarai. Selain Issac yang berhubung kait dengan KPOP, ramai peserta lain yang diberikan jolokan Korea Celup menyertai pertandingan Big Stage kali ini.

Malah, hampir kesemua peserta yang diumumkan ini muzik mereka lebih berkiblatkan dan berkonsepkan muzik dari Korea. Antaranya ialah Meer Nash, Coex dan Dem Lepak Boyz. Dua peserta yang mendapat perhatian kali ini ialah Naufal Azrin dan Nadeera. Naufal yang popular dengan lagu Casablanca ternyata seorang diri menyertai Big Stage tanpa Nuha walaupun format kali ini boleh disertai peserta kumpulan.

Manakala Nadeera pula mendapat perhatian kerana sebelum ini dia pernah menjuarai pertandingan nyanyian lain dan vokalnya yang mantap. Apa sekalipun, anda  boleh menyaksikan Big Stage musim kelima mulai Mei ini di Astro Ria. Adakah anda berpuas hati dengan pilihan peserta?

Berikut adalah peserta big stage musim kelima.


Issac Voo

Aufahanie

Meer Nash

Coex


Firdaus Rahmat


Naufal Azrin

Dem Lepak Boyz

Nadeera


Puteri Khazreeza


Putera Muhammad

Kongsikan artikel ini