Angkara Badan Susut, PSY Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Peminatnya!

Bintang Korea yang lebih dulu mencipta nama di peringkat global sebelum BTS, Psy telah melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada peminatnya di laman Instagram.

Permohonan secara serius itu dianggap lawak oleh peminatnya kerana ia dilakukan PSY angkara angkara dirinya sudah hilang berat badan.

Psy dengan Hyuna

Pada 28 Januari 2021, Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang telah memuat naik sebuah video di instagram dengan mengatakan “Saya suka mempromosikan artis saya secara begini” Video tersebut menampilkan Psy menari secara lawak dengan expresi yang bersahaja dengan menyebut Cool.

Perilaku tersebut dilakukan PSY untuk mempromosikan artis di bawah labelnya iaitu Hyun-ah yang tampil dengan lagu Um Not Cool yang telah disiarkan pada 6 petang hari yang sama.

Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana perubahan susuk tubuh Psy yang jauh berbeza dari sebelum ini. Dia kelihatan sangat kurus dan tidak sama dengan penampilannya yang berisi dan gempal.


Netizen terkejut dan majoriti bertanyakan adakah PSY sudah hilang berat badan secara mendadak. Selain terkejut, ramai peminatnya juga meluahkan rasa sedih dan mengambil berat terhadap penukaran bentuk badannya itu.

Untuk tidak mengecewakan peminatnya, PSY menjawab komen tersebut dengan mengatakan bahawa dia akan cuba kembalikan susuk tubuhnya sebelum ini.


“Saya minta maaf, saya akan cuba jaga diri saya,” kata PSY.


Sementara itu, sebagai bintang tersohor Korea dan pemilik agensi hiburan di Korea, PSY telah mempunyai artis seperti Hyun-a, Jesse, Dawn, Crush, Hayes dan Diaq.

Kongsikan artikel ini