Suami Isteri Jual Bangunan, Rain Jual RM180juta Manakala Kim Tae Hee Untung RM26juta !

Bintang terkenal Korea Jung Ji Hoon atau lebih dikenali dengan nama Bi atau Rain baru saja menjual bangunan mewah yang dimilikinya selama 13 tahun di Cheongdam-dong.

Menurut laporan media ekonomi yang disiarkan pada 21 Jun 2021, Rain telah membeli bangunan tersebut dengan harga RM58 juta pada 2008. Sekarang bangunan tersebut baru saja terjual dengan harga RM180 juta. Difahamkan, dia mendapat keuntungan sebayak RM117juta dari hasil jualan tersebut.


Bagaimanapun, jumlah sebenar keuntungan tersebut susut kerana melibatkan pemotongan harga cukai pendaftaran, cukai bangunan, kerja pembaikan dan pindah milik nama termasuklah komisen broker.

Bangunan tersebut sebelum ini digunakan sebagai lokasi syarikat milikinya yang tidak terletak sebagai agensi. Keluasan tanahnya ialah 1024.80㎡ dan kawasan bangunan ialah 3218.94㎡.

Suami Isteri Jual Bangunan


Bangunan ini mempunyai enam tingkat dan mempunyai kawasan bawah tanah. Profit sewa bulanan RM3juta yang meliputi cafe, restoran dan salon.

Sementara itu, isteri Rain yang juga aktres terkenal Korea, Kim Tae Hee meraih keuntungan RM26juta selepas menjual bangunan di Yeoksam-dong yang dibelinya 7 tahun lalu pada harga RM48 juta.


Kongsikan artikel ini