Ramai Meraung Taecyeon 2PM Sah Bercinta Dengan Si Cantik Bukan Seleb Korea!

Ahli kumpulan 2PM yang juga aktor popular, Taecyeon telah disahkan sedang menjalinkan hubungan cinta serius dengan seorang gadis yang terdiri dari golongan orang biasa. Pengumuman ini telah disahkan agensi yang menjaga karier Taecyeon iaitu 51k.

Menerusi pengesahan tersebut, Taecyeon dilaporkan telah kantoi keluar temujanji di Pyeongchang, Gangwon Province. Bagaimanapun, wakil pengurusan Taecyeon tidak pula memberikan keterangan lebih sebaliknya menganggap berita ini lebih kepada soal peribadi.

Malah, ia juga bertujuan bagi menjaga keselamatan kekasih Taecyeon yang bukan dari golongan selebriti. Apa yang pasti, selepas tamat khidmat tentera, Taecyeon terus sibuk sebagai aktor dan muncul dalam drama stesen MBC iaitu The Game: Towards Zero. Malah, dia kini sibuk berlakon dalam filem berjudul Hansan.


Bagaimanapun, pengumuman ini telah mengundang tanda tanya mengenai wajah kekasih jejaka yang dilahirkan pada 27 Disember 1988 yang dikhabarkan cantik setaraf selebriti Korea.

Selain terkejut dan gembira dengan berita ini, peminat Taecyeon meraung kerana lelaki idaman mereka sudah dimiliki gadis cantik yang identitinya masih belum diumumkan. Adakah gadis tersebut terdiri dari peminat Taecyeon?

Antara drama lakonan Taecyeon ialah Cinderella Sister, Dream High, Who Are You, Wonderful Days, Assembly, Let’s Fight, Ghost, Save Me, Marriage Blue dan House of the Disappeared.

Kongsikan artikel ini